PERASAN BAGUS

Start merepek.

Aku tak faham...
prinsip hidup yg manusia sekarang pakai...
Nafsi.. nafsi..
Berkira dlm semua hal,
Takut sgt jatuh fakir kedana kalau berjariah, menyumbang dan membantu dlm hal2 bermanfaat,
Berfaedah dan perlu.

Takut sangat sgt jatuh sakit kalau menyumbang dan menjariah tenaga dan kudrat.

Berfikir secara primitif dan membesarkan kemalasan dalam akal dan diri..
Ashyik melayan dodoi jemahuan dan kehendak.. hingga tidak mampu memandang, mencerap dan memikirkan rasional persekitaran yg memerlukan khidmat dari diri yg Allah berikan segalanya free di guna pakai sampai mati.

Karma dunia itu masih adil, apa yg kita berikan kita akan datang kembali kepada kita.

Pandang diri dan persekitaran dgn mata yg celik dan hati yg bersih, agar nampak kekurangan diri dalam meraih ganjaran baik dari istilah korban, jariah, sadakah dan mujahadah, jauhhh ketinggalan...
sedar dan malu di hadapan Allah dan makhluk.

Pandang diri dan persekitaran dgn mata yg celik dan hati yg bersih,
Agar nampak apa, siapa, mengapa, dan bagaimana makhluk di sekitar diri menyumbang, berkongsi, berjariah, bersadakah, berukhwah, bermahabbah tanpa hajat di hitung, kira, ampu dan puji atas tiap yg dikirim Allah hadir padanya. Semampu dan sedaya menggerakjan jasad yg Allah berikan percuma itu melaksanakan kaffarahnya.

Terkubur erti korban dan pengorbanan,
Terpadam istilah ukhwah islamiah, saudara, sahabat dan jiran,
Hancur semangat muhajirin dan ansor dek kerana keegooan, kemalasan.

Yg subur dan di pakai seharian hanya sikap perasan, bebal dan kepentingan yg di ternak dlm diri dan di jamu mazmumah tanpa henti.

Moga aku, kau dan mereka faham dengan akal yg sejahtera.

- penglipurlara.

Comments

Popular posts from this blog

BUAT RENUNGAN ANAK PERGURUAN SIDRAH, MUSLIMIN DAN MUSLIMAH

SELAMAT HARI RAYA IEDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN

Bingkisan Paduka Jurus