Posts

Showing posts from August, 2009

SELAMAT DATANG RAMADHAN AL MUBARAK

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa, semoga amalan kita dapat di laksanakan dengan sempurna dan mendapat ganjaran pahala dari Allah Ta'ala. Sebagai rujukan anak perguruan dan peserta Seni Beladiri Jam'iah Al-Sidrah hamba paparkan di ruangan ini Fadhilat Puasa Ramadhan dan Solat Sunat Tarawikh dari hari pertama kita berpuasa hingga ke akhir Ramadhan seperti berikut : FADHILAT RAMADHAN Fadhilat Ramadhan Ibadah Puasa Solat Tarawih Hadith 1 Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa". Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba

Adaptasi Budaya

Mengadaptasi Budaya Asing Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka dia turut termasuk bersama golongan itu.”(Hadith Riwayat Abu Daud dan Ahmad). Sekarang kalau kita tengok makin menjadi perangai anak-anak muda Melayu yang gemar mengikut budaya asing. Kalau yang baik diikutkan tak salah, tapi yang buruk dijadikan tauladan. Mungkin ada yang mengatakan mereka yang mencuba sebelum usia lanjut, jujur aku katakan, aku dulu lebih kurang juga. Ada satu budaya yang aku cuba “dalami”. Masa zaman muda-muda terasa seronok mencuba.Namun walaupun waktu itu aku mengikut budaya asing, adat tertib Melayu masih aku amalkan, ajaran agama tidak aku abaikan. Anak muda sekarang aku tengok, astaghfirullah. Hilang sudah ciri-ciri Melayunya, ciri keIslaman lagilah. Setiap hujung minggu aku biasanya keluar dengan rakan-rakan. Buat melepaskan tekanan yang dihadapi. Masa inilah aku dapat melihat anak Melayu kita bersikap mengagungkan budaya barat. Skinhea