Posts

Showing posts from July, 2009

IKM KL (Kampung Pandan) Destinasi Sidrah

"Kecil tapak Tangan Nyiru Kami Tadahkan", demikian ungkapan peribahasa etnik Melayu yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas, difahami dan digunapakai hingga kini.24hb. Julai 2009 sekali lagi merakamkan sejarah manis buat Perguruan Seni Beladiri Jam'iah Al-Sidrah apabila ditawarkan buat kali yang kedua mengembangkan sayap perguruan di Institut Kemahihan Mara (Kampung Pandan) Kuala Lumpur (IKMKL). Ucapan terima kasih dirakamkan buat pentadbiran IKMKL yang menaruh kepercayaan dan memberi ruang kepada perguruan Sidrah yang masih mentah ini untuk mengatur langkah dan berkerjasama dengan IKMKL walaupun sekadar di ruang ko-kurikulum bagi merealisasi kecemerlangan kecapaian pelatih yang bernaung di sana. Bagi kami di perguruan sidrah, kepercayaan yang di berikan setidak-tidaknya menangkis prajudis masyakat terhadap kemampuan pentadbiran gelanggang dan anak perguruan untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan perguruan-perguruan ayahanda mahaguru senior yang

Alternatif pembentukan sahsiah generasi muda pengukuh jati diri melayu

Globalisasi secara langsung mengubah senario pemikiran dan corak hidup masyarakat umum terutama generasi muda dan terbukti meninggalkan impak negatif akibat terlanjur didedahkan dengan input massa yang merawak di ruang ciber kini, walhasilnya kini, dapat diterjemah di hadapan mata dan dicerap gegendang telinga isu keruntuhan moral dikalangan generasi pewaris bangsa terutamanya etnik melayu yang dicanangkan sebagai tuan punya tanah air yang tercinta ini. Persoalannya kini, apakah pihak berwajib masih selesa di pucuk pimpinan dan takhta melihat keruntuhan generasi dan rebahnya anak bangsa label pribumi di hadapan mata mereka ? bagai hilang rentak dalam tari semua pihak yang kononnya pejuang dan mujahid alaf, berputar mencanang hujah ke masyarakat umum untuk meletakkan kesalahan di pihak yang rosak bukan di pihak tuan pemimpin yang merencana bencana globalisasi ini. Menyedari hakikat itu, saya mengajak tuan puan melalui ruang ini memberi komen berhubung organisasi seni beladiri (silat) ya

Silat sidrah lahirkan pendekar yang berakhlak

Abu Rafi’ berkata: “Wahai Rasulullah adakah bagi anak-anak kami berhak seperti mana kita berhak ke atas mereka? Baginda menjawab: “Ya, hak seorang anak yang perlu ditunaikan oleh bapanya ialah mengajar anaknya menulis, berenang, melontar lembing dan mewariskan kepadanya perkara-perkara yang baik”. (riwayat Sunan al-Kubra’, al-Baihaqi) Kata-kata hikmah, “Jika mahu lihat generasi akan datang, lihatlah generasi hari ini”. Daripada kata-kata di atas, jelas bahawa pemuda dan pemudi hari inilah yang menentukan buruk atau baik generasi akan datang. Jika baik akhlak mereka, maka baiklah budi pekerti remaja zaman akan datang. Jika sebaliknya, kemungkinan zaman tersebut akan huru-hara dan terumbang-ambing ekoran kerosakan akhlak yang sudah berlaku sejak akhir-akhir ini. Perumpamaan Melayu juga ada menyebut, ‘Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’. Begitulah tingginya harapan masyarakat kepada anak-anak muda kerana mereka inilah yang bakal memimpin dan mencorakkan masa depan negara. Namun, y