Posts

Showing posts from January, 2010

Akhirnya sempurna

Akhirnya sempurna… Selama lima hari peserta Seni Beladiri Jam'iah Al-Sidrah akhir bertungkus-lumus siang dan malam menjalani ujian kelayakan juzuk akhirnya pada 12.00 tengah malam 23hb. Disember lalu wasit penilai menutup dewan ujian sesi 2009 bagi penilaian peserta juzuk 1, 2, 3, dan 4, terkecuali juzuk lima atau juzuk khatam yang mana tempoh ujian juzuk ini memakan masa yang panjang. Barisan wasit sidrah yang menjalankan amali wasit kali ke dua sesi ini diketuai oleh En. Muhammad Alias bin Ahmad Pauzi dan dibantu oleh En. Azizi bin Ali dan wasit penilai yang lain ialah En. Muhammad Azizi bin Abd. Rahim, En. Azran bin Ali, En. Gustiawan bin Rasi dan En. Muhammad Hafizzuddin bin Fairuz. Barisan wasit pemantau pula ialah En. Khairul Anwar bin Yaccob, En. Muhammad Azmir bin Mat Shaharin dan En. Farid bin No’man, kesemua barisan wasit adalah terdiri daripada peserta generasi pertama dan ke dua yang telah berjaya mengkhatamkan lima juzuk pelajaran Seni Beladiri Jam’iah Al-sidrah. Berbu

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Berlalu 2009 dan hadir 2010 mengambil tempat meneruskan ruang kehidupan dengan berbagai agenda yang terkadang tidak terjangkau akal fikiran akan rasional perlaksanaannya, bangga isi alam dengan kehadiran tahun baru walau usia semakin bertambah dan kemusnahan semakin hampir. Pemergian 2009 dan kehadiran 2010 di raikan dengan meriah tepat jam 12.00 malam, gegak gempita pusat bandaraya dan pekan-pekan kecil sekitar bandar dan kota dengan dentuman mercun dan laungan "Happy new year" dari makhluk yang mampu bertutur menggunakan lubang mulut yang di anugerahkan Allah kepadanya, segenap agama dan lapisan bangsa, kecil besar tua dan muda, yang upaya dan kurang upaya rata-rata tidak mahu ketinggalan menyaksikan temasya sambutan tahun baru yang di adakan oleh pihak-pihak berkepentingan bagi menterjemah kebodohan dan kerakusan nafsu serakah mereka melahap habuan dunia melalui agenda hiburan yang bertopeng kebajikan dan sosial tanpa memikirkan impak di sebalik temasya-temasya sambutan ta