Posts

Showing posts from April, 2012

GEMA JIWA SIDRAH @ THE SPIRIT VOICE OF SIDRAS

Maju dengan gagah, Melangkah berhemah, Niat kerana ALLAH, Ilmu seni kita jamah, Kami Anak Jam'iah Al-Sidrah, Demi agama darah di tumpah, Bangsa kami bangsa bermarwah, Bumi kami jangan di jajah. Taat pada pemimpin, Hormat yang di pimpin, Berkat ilmu di timba, Berbakti untuk semua, Ayuh satukan hasrat, Kita bina cita tersirat, Sebarkanlah warisan kita, Hargai budaya kita, Warisan bangsa,Susula di jaga, Bertunjung agama, Tatang adat budaya, Rukun negara kita jaga, Rukun agama panduan kita. Bukan kata di dendang, Ungkapan tak sebarang, Yang benar kita julang, Yang batil kita tentang, Ingat pesanan guru kita, Kekuatan sementara, Guna ia sebaiknya, Berbakti pada agama, Jangan lalai jangan leka, Musuh hadir tidak di duga, Siap sedia setiap masa, Mohon Rahmat Yang Maha Esa. Melangkah bersama sidrah... SIDRAH ! Bersatu menuju arah, Bersatu hati, eratkan ukhwah, Dugaan ALLAH jangan gundah, Kami menadah tangan, Memohon kejayaan, Tetapkan iman berkati amalan, Sejahtera di

OBJEKTIF PERTUBUHAN SENI BELADIRI JAM'IAH AL-SIDRAH

1. Altanatif penyatuan remaja dan masyarakat dalam satu organisasi yang berprotokol dan berdisiplin. 2. Memulihara kesenian dan warisan bangsa melayu dan rakyat Malaysia 3. Mengetengahkan jati diri bangsa melayu dan budaya rakyat malaysia dengan adab dan adat ketimuran ke dunia global. 4. Menanam semangat waja dan menyubur semangat petriotik untuk mendukung wawasan dan gagasan kecermelangan Agama Islam, Bangsa Melayu dan Negara Malaysia. 5. Melatih semangat juang dan sikap toleransi serta bertanggungjawab antara satu sama lain. 6. mengadaptasikan sifat ketaatan, ketaqwaan, ikhlas dan jujur serta mampu menghadapi era globalisasi berpandukan konsep ilmu yang di sampaikan di dalam aktiviti seni beladiri ini.
semakin pantas masa memintas hayat,semakin hampir langkah ke noktah destinasi,dalam aku menghitung kira jumlah waktu

Racau Paduka Jurus

Semakin pantas masa memintas hayat, semakin hampir langkah ke nokhtah destinasi. Dalam aku menghitung kira jumlah waktu yang tersisa, buat melangsai hutang amal yang tak terhingga, mereka bersandiwara membuang saat yang tersua. Binggung aku, memuntal bena akal. Lantaran apa mereka tidak sedar. Aneh mereka masih bersantai , melangkah longlai membinggai. Padahal masih banyak ehwal urusan yang terabai dan belum selesai. Di pengkalan ilmu, ada insan yang makin lesu, ada manusia yang buat tak tahu, ada makhluk yang terburu buru, ada nama yang hilang tuju, ada wajah yang musykil selalu, ada rupa yang suka gerutu, ada bayangan yang suka mengganggu. Sedang detik terus belari, mereka masih diulit mimpi menanti rezeki datang ke kaki, menunggu ilmu masuk atlari. Bungkam mulut dek khatam kalimah pujuk, sawan minda oleh kalam berangnya. Sebaris tanbih di kuis telinga, sebungkal khutbah disingkir semua. Yang ada dikotak minda cuma cita rasa, yang subur dijiwa hajat mahunya. Pengajaran didepan mata

BARISAN KEPIMPINAN BARU 2012 PERTUBUHAN SENI BELADIRI JAM'IAH AL SIDRAH KAWASAN RUKUN TETANGGA TAMAN DAGANG FASA 2A/3 AMPANG SELANGOR DARUL EHSAN

merujuk kepada mesyuarat pemilihan jawatankuasa gelanggang yang di adakan pada mac lalu, jawatankuasa yang di pilih adalah seperti berikut : KETUA GELANGGANG - MUHAMMAD ALIAS BIN AHMAD PAUZI TIMB. KETUA GLGG - MUHAMMAD AZIZI BIN ABD. RAHIM SETIAUSAHA - MUHAMMAD AZMIR BIN MAT SHAHARIN TIMB. SETIAUSAHA - HAZIQ AZRI BIN HAMDAN BENDAHARI - MUHAMMAD YUMNI BIN RAFIE AJK 1. MUHAMMAD AKHIR BIN AHMAD PAUZI 2. MUHAMMAD HAKIIM BIN MAT SHAHARIN 3. AHMAD SOLOHIN BIN ABD.HALIM 4. HAIRUL ANWAR BIN KAMALUDDIN 5. MUHAMAD AFIQ BIN MAT JUNET LUJNAH PENDIDIKAN DAN PEMBELAJARAN 1. KHAIRUL ANWAR BIN YACCOB 2. AZRAN BIN ALI 3. AZIZI BIN ALI

KALAM TANBIH

rembas gerimis tak sedingin semangat yang melesu di penjuru waktu saat hadir keinginan membentak di lohong mahu, jauh berbatu kau tamu, walau jerih menungkah culas namun alah bisa tegar biasa, kelikir menjadi debu, rerumput sujud layu di tapak kaki mu, kau langkah satu persatu, kau jamah selagi mahu, kau tadah hingga tepu, hingar bingit lagu nyanyian mu, sepak terajang tari kaki mu, kerana kau mahu, kerana kau belum tahu, kerana kau tak jemu. kerana kau berguru, kerana kau bersama ku, kerana kau belum lesu... kini... tapak di kaki mu hilang tuju, kau mula celaru tak menentu, bunga berkiat di tangan punah di angan-angan, kerana kau jagoan, putih mata anak hingusan menanti ilmu, tak lagi kau hiraukan, selutut naik pucuk rumput bak tapak semaian di gelanggang kau menghilang kelikit mula melumut kusam, rindu gulingan dan terkam, namun haram kau tak pandang, kerana identiti mu telah hilang. ingatlah pewaris ilmu... andai puyu balik ke paya, keli mampu pulang ke lubuk, mengapa diri mu berupa