Posts

Showing posts from October, 2014

Kerana itu alasan

Terkadang kegagalan itu bukan dari halangan yg mendatang... Tetapi dari aral yg di datangkan. Justeru perkhabaran tk seindah rupa lantaran retorik yg menjadi matannya,Kerana sewah tidak bersarang di tanah demikian pipit tidak membelah badai, namun terhimpun beradat di rimbunan bidara, lalu paduka menjunjung duli sedangkan marhain hilang dlm diri. Tepuk tk berbalas hulur tk bersambut, kelak salam tk berbekas seru tk bersahut. Gerangan apa hamba sehaya bertahta di semayam paduka...? Kerana tahu itu bagai bayu tk di sapa tk di seru membadai lalu membelah tuju, sekalipun mahu bgai aliran di sekat tumpah di kekang rebak, namun dek kerana jumud memekap otak yg senang jadi susah yg cerah jadi malap.