Posts

Showing posts from September, 2012

TIADA NOKTAH DALAM PERJUANGAN

Salam ukhwah dan salam perguruan buat semua komuniti pertubuhan dan pengikut serta yang menyokong perjuangan PERTUBUHAN SENI BELADIRI JAM'IAH AL-SIDRAH, syukur Alhamdulillah, atas nikmat agama dan sejahtera yang di kecapi, atas keimanan yang masih lekat di badan, atas perjuangan yang istiqomah di landasan. Selawat dan salam buat Junjungan Rasulullah penyatu hati dalam kalimah ukhwah, penunjuk jalan-jalan dakwah dan penyampai sebaik-baik Risalah Diniah. moga Keberkatan, Rahmat dan bimbingan Allah mengiringi langkah tiap pejuang dan beristiqomah di medan jihad dalam mujahadah kerana Allah dan Rasulnya demi Agama yang suci. sekali lagi hamba marhain dhoif lagi fakir ilmu menggagahi diri memerah akal dengkal untuk membait sepatah dua ungkapan tanpa suara di ruang maya yang tersedia di mutakhir era dunia ini, untuk meraikan kecapaian dan menzahirkan kesyukuran atas nikmat yang di anugerahkan Allah kepada usaha dan ikhtiar kecil hamba dalam memperjuangkan madah ilmu kifayah di wadah seni