Posts

Showing posts from October, 2011

TRAGIS GELANGGANG

Tragis Gelanggang Sidrah terasa demikian lama hamba tidak menekan mata keyboard meluah bicara jiwa di ruang maya ini, walau tidak pasti massih ada yang mengikuti perkembangan blog tak seindah rupa ini saban hari. namun jauh di sudut hati terpanggil jua adanya atma jiwa untuk berkongsi kisah duka yang melanda perguruan mentah jam'iah al-sidrah ini sejak namanya yang tak se gah mana terselit di ruang ciber. april 2011 merupakan kemuncak duka bilamana teratak paduka jurus yang merupakan nyawa bagi kewujudan sidrah itu melalui peristiwa tragis yang lansung tidah terjangka akal fikiran akan berlakunya hal yang demikian, teratak yang merupakan pengkalan ilmu yang bermastautin hampir dua dekad di sebelah surau ar-rahmaniah terkorban atas kalimat pembangunan dan kemajuan infrastruktur surau, walau apa pun juaga hujah dan alasannya pihak kontraktor yang kononnya menjadi penyumbang kepada pembinaan itu terang terangan menyusun agenda sebaliknya iaitu mematlamatkan hasrat beberapa entiti yang