Posts

Showing posts from April, 2010

Pentingnya pendidikan ketenteraan di samping dasar-dasar Islam

PERANAN PELAJAR Oleh – Al-Maududi Pentingnya pendidikan ketenteraan di samping dasar-dasar Islam Perkara yang berhubung dengan pendidikan corak ini di negeri-negeri Islam, jika saudara-saudara lihat sebilangan pejuang di tengah-tengah perjuangan mereka ini bersemarak dengan sifat kepahlawanan, semangatnya berkubar-kubar untuk berjihad, cinta kepada mati syahid kerana Allah dan persediaan yang bersungguh-sungguh dan menghairankan, semuanya ini bukanlah hasil dari pendidikan di pusat-pusat latihan mereka, tetapi sebenarnya berpunca dari asuhan ibu yang muslim yang telah menyematkan di hati pejuang-pejuang gagah itu nama Allah dan Rasulnya sejak pejuang-pejuang itu masih kecil lagi, ataupun berpunca dan masyarakat Islam yang masih lagi mempunyai warisan mulia yang meniupkan ke hati pejuang-pejuang itu makrifat kepadaTuhan, Rasulnya, perjuangan yang mulia, mati syahid kerana Allah dan menaburkan nilai-nilai keislaman ke dalam fikiran mereka yang kesemuanya ini tidak ada dalam sistem latiha