Posts

 *PERUTUSAN PERGURUAN SENI BELADIRI JAMI'AH AL-SIDRAH* Memomsg Perguruan SBJAS (ijtimak sidrah) bil. 002/2022 Tarikh memomsg: 20/4/2022 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. الحمدلله رب العلمين... والصلاة والسلام علئ اشرف الانبياء والمرسلين وعلئ اله وصحبه اجمعين. Salam Ramadhan, selamat berpuasa dan selamat beribadah dibulan Ramadhan. Perkara: *PENANGGUHAN MAJLIS IJTIMAK JEMAAH PENGUASA GELANGGANG DAN ISTIADAT PERGURUAN SENI BELADIRI JAMI'AH AL-SIDRAH KALI KE 11 TAHUN 2022.* Tarikh Baru: *05/6/2022* Hari: *Ahad* *SEHUBUNGAN ITU SEMUA AGENDA DAN PENGISIAN MAJLIS YANG DIRANCANG DIBAWA KETARIKH BARU UNTUK DILAKSANAKAN SEBAIK MUNGKIN.* Sekian Makluman. Yang Berusaha, *MUHAMMAD IMRAN BIN ABDUL HALIM* Bentara Penjejak kepada Mahaguru. S.k. Mahaguru / Paduka Jurus  Perguruan Seni Beladiri Jami'ah Al-Sidrah.

Intro 2022

 Salam rabu setengah minggu, Cekal, tawakkal tabah selalu, Tunai ibadah ingat kewajipanmu, Moga barokah mingiringi hidup mu. Apa pun hasrat mesti dirancang, Jangan terjerat di tepi gelanggang, Akal dan ilmu penyukat timbang, Mahabbah padu penyingkir malang. Selagi hidup ujian mendatang, Usah dirungut fitrah berdagang, Ingat selalu mati bertandang, Bekalkan amal jangan di bangkang. Susah dan senang rezeki tak sama, Redho dan usaha kunci sejahtera, Jangan dengki rezeki manusia, Allah dah tetapkan cukup semua. Jimat berkat bazir mudharat, Kedekut kelat rezeki pun ketat, Sedekah jariah menjadi pengubat, Sihat sejahtera dunia dan akhirat. Maniskan muka salam semua, Jangan berduka selagi bernyawa, Dunia dicari akhirat di utama, Ilmu ditambah akal ceria. Cakap sembang biar bersukat, Jadi fitnah jadi mudharat, Tipu dan bohong bersaksi niat, Palau memalau pengundang musibat. Usah perasan usah berangan,  Tak hebat mana semua pinjaman,  Syukur selalu dilupa jangan, Nikmat Allah yang mana nk di du

apakah..

 di hujung malam... aku memerhati tiap detik yg berlalu... semakin jauh dari permulaan... semakin hampir ke kesudahan, aku menghitung kira jumlah waktu yg tersisa... cukup rahsia disisiNYA, aku mengira jumlah bekalan yg ada... tidak cukup untuk musafir seterusnya... bekalan jariah juga tidak banyak mana... sesetengahnya telah membusuk di dunia... lantas apa sebenarnya yg aku kumpulkan di kesempatan yg di beri percuma? tiada secebis rm pun yg bisa mengiringiku ke destinasi seterusnya, tiada sebungkus harta pun yg akan ku bawa di musafir seterusnya... tiada satu gelaran indah dan gah pun yg di gunakan disana.. tiada seorangpun ai keluarga, sahabat, kawan ataupun keluarga menemani  aku disana...  aku buntu meninjau ragam manusia... apa sebenarnya yg aku dan mereka hambat dimuka dunia...? saat jasad menjadi bangkai... semuanya tiada berguna... saat dimandikan oleh manusia...  tersingkap semua sombong, bongkak takbur, ego, degil, dan buruk yang di pakai semasa bernyawa...  tatakala diangkat

PERASAN BAGUS

Start merepek. Aku tak faham... prinsip hidup yg manusia sekarang pakai... Nafsi.. nafsi.. Berkira dlm semua hal, Takut sgt jatuh fakir kedana kalau berjariah, menyumbang dan membantu dlm hal2 bermanfaat, Berfaedah dan perlu. Takut sangat sgt jatuh sakit kalau menyumbang dan menjariah tenaga dan kudrat. Berfikir secara primitif dan membesarkan kemalasan dalam akal dan diri.. Ashyik melayan dodoi jemahuan dan kehendak.. hingga tidak mampu memandang, mencerap dan memikirkan rasional persekitaran yg memerlukan khidmat dari diri yg Allah berikan segalanya free di guna pakai sampai mati. Karma dunia itu masih adil, apa yg kita berikan kita akan datang kembali kepada kita. Pandang diri dan persekitaran dgn mata yg celik dan hati yg bersih, agar nampak kekurangan diri dalam meraih ganjaran baik dari istilah korban, jariah, sadakah dan mujahadah, jauhhh ketinggalan... sedar dan malu di hadapan Allah dan makhluk. Pandang diri dan persekitaran dgn mata yg celik dan hati yg bersih,

Peringatan taklimat

Tarikh     : 24hb.Mac 2015 Rujukan : Sistem Pesanan Ringkas (SMS) KRTDF2A/Bil. 004/2015. KAWASAN RUKUN TETANGGA TAMAN DAGANG FASA 2A/3, AMPANG SELANGOR DARUL EHSAN. Kepada: - Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga, Bomba Sukarela, Surau Ar-Rahmaniah, Jam'iah Al-sidrah dan Jiran Muda Kawasan Rukun Tetangga Taman Dagang Fasa 2A/3 Ampang. - Sahabat-sahabat seperjuangan. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh. Tuan, TAKLIMAT SKIM RONDAAN SUKARELA (SRS) DAN SKIM RONDAAN BERSAMA POLIS DAN TENTERA (RAPAT) RUKUN TETANGGA TAMAN DAGANG. Adalah dengan hormat merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan taklimat bersama SRS/RAPAT Kawasan Rukun Tetangga Taman Dagang Fasa 2A Ampang selangor akan di adakan seperti berikut: Tarikh   : 27hb. Mac 2015 (jumaat) Masa    : 09.00 pm (selepas solat isyak) Tempat : Serambi KRTD Fasa 2A (Hadapan Blok F) Sehubungan itu tuan di kehendaki hadir ke taklimat yang diadakan. Komitmen dan perhatian tuan/puan amat di hargai dan di ucapkan terima kasih.

Makluman

ASSALAMUALAIKUM PENGUNJUNG BLOG JAM'IAH AL-SIDRAH MOHON MAAF BLOG INI MASIH DALAM PEMBAIKPULIHAN SEMULA SETELAH DI CEROBOH DAN DI GODAM.. ADMIN MASIH BERUSAHA MENYUSUN PAPARAN ASAL UNTUK RUJUKAN PENGUNJUNG. HARAF MAAF.

Penyakit misteri

Aku kongsi dari dari hati... Ada banyak jenis penyakit misteri yang menjangkiti manusia tanpa disedari kat muka bumi ni, antara yg di kenal pasti: org sakit otak selalunya akan kondem perkara baik. orang sakit hati selalunya menggagalkan perkara baik. orang sakit jiwa akan rasa dirinya saja yg terbaik. orang yg sakit rohani takkan ikut perkara-perkara baik. orang sakit mental takkan sedar dirinya baik atau tidak baik. Ubat bg penyakit tersebut terlalu mudah di temui namun sukar di miliki, oleh itu jagalah diri kita agar tidak di jangkiti. -penglipurlara