RENUNGAN

Salam perguruan dan selamat menyambut hari raya korban. Semoga haji mabrur menjadi ganjaran buat jemaah haji yg telah mengorbankan kehidupan rutin bagi melaksanakan perintah Allah yang termaktub dalam rukun Islam ke 5.
Sejarah korban bermula dari kisah habil dn qabil mengorbankan ternakan dan hasil pertanian bagi mendapat petunjuk Allah untuk memperisterikan iqlimah, walhasil pengorbanan habil diterima Allah lantaran keikhlasan beliau.
Kemudian sejarah merakamkan kisah pengrbanan Nabi Ibrahim dan Ismail melaksanakan perintah Allah yang mana akhir kisahnya Nabi Ismail digantikan oleh Allah dengan seekor kibas untuk dikorbankan juga atas sebab keikhlasannya melaksanakan amar Allah.
Bersemperna bulan korban ini hamba mengambil iktibar dari dua kisah tersebut untuk berpesan kepada diri hamba, anak perguruan dan pembaca diruang ciber agar meletakkan ikhlas sebagai dasar setiap amalan yang dilakukan, dan kerana Allah itu adalah maqosid atau matlamat melalukn segalanya.
Oleh yang demikian handaklah kita akur dengan realiti yang meletakkan pengorbanan itu sebagai harga tiap cita dan impian, justeru pengorbanan itu adalah harga sudah pasti harga yang mahal adalah untuk sesuatu yang indah, amat penting, cantik dan bermanafaat, iaitulah ILMU.
Jadi dalam proses menuntut ilmu perkara yang amat berharga untuk diri dan kehidupan kita ini peristiwa korban telah merakamkan banyak iktibar buat kita jadikn panduan dan alat bg meraih kejayaan dan kecemeralangan serta redho Allah.
Hendaknya indvidu yang berdarjat pelajar, santri atau pelatih menanamkan sikap sanggup berkorban masa, tenaga dan meterial kerana ilmu itu adalah keperluan utama dan amat penting bagi manusia yang berdarjat khalifah dimuka bumi ini. Makanya jika terkorban dalam proses menuntut ilmu ini ganjaran syahid dianugerahkan Allah kepada kita.
Maka dengan itu pesan hamba kepada diri, pesarta,anak prguruan dan pembaca,agar hadirlah menghadap urusan ilmu itu dengan penuh ikhlas, bukan bermalas-malas, bawalah hati dan perasaan ke markaz pelajaran, bukan maki atau angan-angan, bersungguhlah menghadapi proses dan prosidur pembelajaran, bukan diiringi rungutan dan sungutan berpanjangan, tiada jalan pintas mencapai kejayaan, berserahlah pada Allah atas usaha dan ikhtiar serta pengorbanan.
moga kira tergolong dalam golongan insan yang mendapan manfaat ilmu dan keberkatan dari apa yang kita usahakan.
salam ukhwh dan selamat hari raya korban

Comments

  1. Salam, kena buat pantun sikit tentang pengorbanan

    ReplyDelete
  2. Lirik Lagu Berkorban Apa Saja - P.Ramlee

    Berkorban apa saja
    harta ataupun nyawa
    itulah kasih mesra
    sejati dan mulia

    Kepentingan sendiri
    tidak diingini
    bahgia kekasih
    saja yang diharapi

    Untuk mencari bukti
    kasih yang sejati
    itulah tandanya
    jika mahu diuji

    amacam... boleh... ? :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

BUAT RENUNGAN ANAK PERGURUAN SIDRAH, MUSLIMIN DAN MUSLIMAH

SELAMAT HARI RAYA IEDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN

Bingkisan Paduka Jurus