LAGU TEMA SENI BELADIRI JAM'IAH AL SIDRAH

Gema Jiwa Sidrah

Maju dengan gagah
Melangkah berhemah
Niat kerana Allah
Ilmu seni kita jamah

Kami anak Jam'iah Al-sidrah
Demi agama darah di tumpah
Bangsa kami bangsa bermaruah
Bumi kami jangan di jajah

Taat pada pemimpin
Hormat yang di pimpin
Berkat ilmu di timba
Berbakti untuk semua

Ayuh satukan hasrat
Kita bina cita tersirat
Sebarkanlah warisan kita
Hargai budaya kita

Wariasan bangsa, Susila di jaga
Bertunjang Agama, Tatang adat budaya
Rukun negara kita jaga
Rukun agama panduan kita

Bukan kata di dendang
Ungkapan tak sebarang
Yang benar kita julang
Yang batil kita tentang

Ingat pesanan guru kita
Kekuatan sementara
Guna ia sebaiknya
Berbakti pada agama

Jangan lalai jangan leka
Musuh hadir tidak diduga
Siap sedia setiap masa
Mohon rahmat yang maha Esa

Melangkah bersama sidrah
Bersatu menuju arah
Satu hati eratkan ukhwah
Dugaan Allah jangan gundah

Kami menadah tangan
Memohon kejayaan
Tetapkan iman berkati amalan
Sejahtera di dunia dan hari kemudian

Sidrah...!


Al-Faqir
Paduka Jurus Jam'iah Al-Sidrah

Comments

  1. Laman web ini tidak ada video mengenai silat atau pun pertunjukan dan yang ada cuma slide acara sahaja.

    ReplyDelete
  2. kalau tidak keberatan dan ada ruang sila tuan lawat youtube (silat sidarah show) insyaAllah ada movie kami di sana.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

BUAT RENUNGAN ANAK PERGURUAN SIDRAH, MUSLIMIN DAN MUSLIMAH

SELAMAT HARI RAYA IEDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN

Bingkisan Paduka Jurus