Akhirnya sempurna

Akhirnya sempurna…

Selama lima hari peserta Seni Beladiri Jam'iah Al-Sidrah akhir bertungkus-lumus siang dan malam menjalani ujian kelayakan juzuk akhirnya pada 12.00 tengah malam 23hb. Disember lalu wasit penilai menutup dewan ujian sesi 2009 bagi penilaian peserta juzuk 1, 2, 3, dan 4, terkecuali juzuk lima atau juzuk khatam yang mana tempoh ujian juzuk ini memakan masa yang panjang.

Barisan wasit sidrah yang menjalankan amali wasit kali ke dua sesi ini diketuai oleh En. Muhammad Alias bin Ahmad Pauzi dan dibantu oleh En. Azizi bin Ali dan wasit penilai yang lain ialah En. Muhammad Azizi bin Abd. Rahim, En. Azran bin Ali, En. Gustiawan bin Rasi dan En. Muhammad Hafizzuddin bin Fairuz.

Barisan wasit pemantau pula ialah En. Khairul Anwar bin Yaccob, En. Muhammad Azmir bin Mat Shaharin dan En. Farid bin No’man, kesemua barisan wasit adalah terdiri daripada peserta generasi pertama dan ke dua yang telah berjaya mengkhatamkan lima juzuk pelajaran Seni Beladiri Jam’iah Al-sidrah.

Berbumbungkan dua buah khemah yang ditaja oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Dagang Fasa 2A/3 Ampang, pihak pentadbiran gelanggang merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Abdullah bin Abd. Raffar dan En. Ahmad Shauddin bin Safari atas inisiatif yang diadakan bagi memudahkan peserta menjalani ujian.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Kamaruddin bin Ab. Rahman lantaran budi bicara beliau selaku pengerusi surau membenarkan akktiviti remaja yang bernaung di bawah Persatuan Seni Beladiri Jam’iah Al-Sidrah ini menjalankan aktiviti di pekarangan Surau Ar-rahmaniah hampir setengah dekad.

Pihak gelanggang juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan sesi ujian kali ini, terutama en. Rafie bin Ismail yang terlalu banyak menyumbang kewangan dan material untuk membantu menjayakan misi dan Visi Persatuan ini membentuk dan mendidik akidah, syariah dan sahsiah anak bangsa melalui bidang seni beladiri.

Tak terkecuali En. Azli bin Hussin, En. Ahmad Pauzi bin Mansur,
Paklong, Ust.Muhammad Syafiq dan ahli jawatankuasa serta semua oganisasi yang menyokong perjalanan persatuan ini. Semoga kita bersama mendapat ganjaran yang baik dari AzzaWajalla insya Allah.

Menjadi kenangan manis buat perguruan sidrah kali ini apabila En. Ahmad Pauzi bin Mansur menjemput wartawan akhbar sinar harian, En. Ahmad Ismadi bin Ismail membuat liputan ujian dan merakamkan aktiviti remaja yang bergiat aktif di dalam sidrah, artikel tersebut telahpun di keluarkan di dalam akhbar sinar bertarikh 25hb. Disember 2009 yang lalu.

Seramai 52 peserta menyertai ujian kelayakan juzuk yang diadakan kali ini termasuk dua peserta yang menjalani prosedur khatam juzuk lima, keputusan ujian seperti yang di paparkan di ruang blog ini dan peratus kelulusan keseluruhan ialah seperti berikut:


AGIHAN KEPUTUSAN UJIAN TAHUN 2009
SENI BELADIRI JAM’IAH AL-SIDRAH JIRAN MUDA
KAWASAN RUKUN TETANGGA TAMAN DAGANG FASA 2A/3 AMPANG
SELANGOR DARUL EHSAN
TARIKH UJIAN : 18-23HB DISEMBER


JUMLAH PESERTA MENGIKUT JUZUK

JUZUK JUMLAH PESERTA
5 2
4 2
3 2
2 4
1 35
JUMLAH KESELURUHAN = 45

PERATUS KEPUTUSAN

JUZUK PERATUS KEPUTUSAN
5 -
4 100%
3 100%
2 100%
1 82.8%


AGIHAN KEPUTUSAN

JUZUK MTZ JJ JY MQ RS
5 - - - - -
4 - 2 - - -
3 - 1 - 1 -
2 - 1 3 - -
1 2 8 14 5 6

Peratus kelulusan keseluruhan Ujian Seni Beladiri Jam’iah Al-Sidrah sesi 2009 ialah sebanyak 87%.

Comments

Popular posts from this blog

BUAT RENUNGAN ANAK PERGURUAN SIDRAH, MUSLIMIN DAN MUSLIMAH

SELAMAT HARI RAYA IEDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN

Bingkisan Paduka Jurus