Berkorban apa saja

Umum tahu bulan haji juga di kenali bulan korban,sebagai makhluk berdarjat khalifah di bumi Allah ini semestinya tuntutan korban itu membawa pengertian yang sangat besar, kehidupan menuntut pengorbanan, lantaran itu tidak hairan kita melihat karenah manusia di kulit bumu ini yang sanggup mengorbankan berbagai perkara demi mengejar sebuah erti kehidupan yang hanya seketika.

Kita sedia maklum perayaan korban itu mengimbau kembali sejarah pengorbanan dua utusan Allah yang di angkat menjadi nabi untuk makhluk muka bumi ini, kisah pengorbanan nabi Ibrahim dan Ismail heboh di perkatakan di corong-corong speaker masjid surau dan musalla di tambah penerangan akan pengertian dan nilai tinggi ibadah korban itu di sisi Allah tidak lupa juga iklan ibadah korban yang panggunya masih belum bertuan, tidak kurang juga fanomena di pagi Aidil Adha masyarakat Islam khasnya berkejaran melksanakan solat sunat Aidil Adha, takut dan khawatir sesetengah mereka itu ketinggalan dari melakukan solat sunat Aidil adha yang hanya di lakukan setahun sekali, selesai salam maka berkhutbahlah pak khatib dari mimbar memasyorkan akan kebesaran dan keutamaan ibadah korban kepada jemaah yang sempat mendengar khutbahnya, selebihnya berbondong-bondong mereka ke kawasan masjid surau dan tempat-tempat penyembelihan lembu, unta dan kambing korban untuk menyaksikan episod penyembelihan korban yang jarang-jarang dapat di tonton dan yang pasti di kalangan mereka itu tak sabar menanti giliran pembahagian daging korban.

Dari golongan muda ke tua , kecil dan besar, kanak-kanak dan dewasa lelaki perempuan dan khunsa semuanya bagaikan faham erti korban yang di rayakan saban tahun, selera jahil mereka memaksa masyarakat marhain itu hanya menonton proses penyembelihan yang di lakukan oleh tukang sembelih profesional yang di lantik khas untuk melaksanakan penyembelihan pada pagi Aidil Adha itu tanpa mengerti hakikat korban yang di kehendaki di sisi Azzawajalla, meriah bagai temasya di semua tempat penyembelihan korban dengan berbagai gelagat manusia merayakan hari raya korban.

Jika kita fikirkan sejenak kesinambungan dari perbuatan solat sunat aidil Adha yang khutbahnya berkisah perihal korban, pengajian sepanjang bulan haji itu juga tidak lepas mencanang maksud korban hinggalah ke penyembelihan korban rata-rata keberhasilan yang di dapati dari kaliamah korban itu hanya sekilo dua daging lembu atau kambing atau unta yang di bawa pulang di potong dan di bersihkan lalu di masak dengan menu yang berbagai pilihan dan di makan hingga kenyang, akhirnya mereka yang kekenyangan itu tertidur akibat keletihan menonton ibadah korban atau beraya di majlis penyembelihan korban atau kekenyangan makan daging korban. wal hasil sesudah itu mereka ketandas dan meneran semulla hampas daging korban yang telah di proses oleh perut, maka bersemadilah erti korban itu di lubang-lubang jamban atau di tepi-tepi semak bagi yang tek punya tandas atau tak sempat ke tandas.

Nah, sekarang fahamlah kita setakat mana erti korban dan pengorbanan itu tersisa di dalam diri dan akal manusia yang melaksanakan dan menonton perlaksanaan korban yang di jalankan saban tahun, yang pasti ibadah korban itu cukup meriah pada perlaksanaannya tetapi punah pada penghayatannya akibat kejahilan mereka sendiri.

jestru itu, ya ikhwanul muslimin ! beri ruangan pada diri kita yang jahil itu untuk mempelajari dan memahami hakikat ibadah yang di kehendaki dan di nilai di sisi Allah, agar pengorbanan di sepanjang perjalanan hidup mu penuh bereti dan di hargai, di hormati dan di kasihi kerana kehidupan itu menuntut pengorbanan yang besar dari empunya diri dan bukan mengorbankan hak-hak yang sepatutnya jadi milik kita atau milik orang lain.

Wassalam.

Pdk Jrs

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

BUAT RENUNGAN ANAK PERGURUAN SIDRAH, MUSLIMIN DAN MUSLIMAH

SELAMAT HARI RAYA IEDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN

Bingkisan Paduka Jurus