Abu Rafi’ berkata: “Wahai Rasulullah adakah bagi anak-anak kami berhak seperti mana kita berhak ke atas mereka? Baginda menjawab: “Ya, hak seorang anak yang perlu ditunaikan oleh bapanya ialah mengajar anaknya menulis, berenang, melontar lembing dan mewariskan kepadanya perkara-perkara yang baik”. (riwayat Sunan al-Kubra’, al-Baihaqi) Kata-kata hikmah, “Jika mahu lihat generasi akan datang, lihatlah generasi hari ini”. Daripada kata-kata di atas, jelas bahawa pemuda dan pemudi hari inilah yang menentukan buruk atau baik generasi akan datang. Jika baik akhlak mereka, maka baiklah budi pekerti remaja zaman akan datang. Jika sebaliknya, kemungkinan zaman tersebut akan huru-hara dan terumbang-ambing ekoran kerosakan akhlak yang sudah berlaku sejak akhir-akhir ini. Perumpamaan Melayu juga ada menyebut, ‘Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’. Begitulah tingginya harapan masyarakat kepada anak-anak muda kerana mereka inilah yang bakal memimpin dan mencorakkan masa depan negara. Namun, y...
Comments
Post a Comment