Percambahan ilmu buat yg ingin tahu

As salamualaikum warahmatullahi wabarokatuh,
ikhwanal muslimin, sahabat handai, rakan seperjuangan dan Adik2 semua...
Apabila kita kenal diri maka kita akan kenal Allah, kerana seluruh alam dan kehidupan ini trsirat di dalam diri kita, namum kita hanya menfokuskan apa yg trsurat, tanpa mena'akulkan apa yg trsirat. Kita sanggup menjadi pengikut buta dari menjadi pengikut celik, kerana kita malas menggunakan akal utk mengkaji dan malas menggerakkan anggota untuk mempelajari. Jadilah ilmu dan pengetahuan yang ada dalam diri kita hanya pinjam dan wasangka, tidak pernah berpijak di alam nyata apatah lg menemui hakikat sebenar dan natijahnya.
Justeru manusia itu makhluk yg tidak pernah lepas dari lalai dan leka, maka umum tahu punca kebodohan dan kejahilan ialah sikap lalai dan leka yg trbit dari hati dan jiwa manusia itu sendir, namun oleh kerana perangi ego dan sombong yg juga trbit dari hati itu menguasai diri maka kita trpanggil untuk membina alasan dan hujah bagi menyembunyikan kelemahan yg kita miliki dari mata umum sebb kita tahu akibat dari kebodohan dan kelemahan itu akan mengundang perasaan malu dan rendah diri dalam diri dan di mata manusia.
Wal hasil dari sikap nk senang nak mudah dan nak sedap mengikut citarasa dan kehendak hati itu trkadang kita trgamak mengadili sesuatu tanpa kita punya ilmu dan tahu hakikat sesuatu itu, sedangkan agama mengajarkan jalan utk memahami dan mengetahui hakikat sesuatu melalui adab dan cara yg trmaktub didalam dustur agama. Hanya kerana kita rasa kita sudah cukup beragama dan taat beragama kita menggunakan syak wasangka yg tidak ada dalam agama utk urusan sesuatu perkara, kita menggunakan rasa dan kata2 manusia yg menyogok kita utk mengadili sesuatu yg brhubung dgn kehidupan kita.. Padahal wahyu menerangkan "mungkin sesuatu itu baik pada sangkaan kamu tepapi di sisi Allah ianya tidak baik utk kamu, mungkin kamu menyangkakan sesuatu itu buruk utk kamu tetapi di sisi Allah itu adalah yg trbaik utk kamu." - mafhum ayat.
Jadi jelas di sini yg perlu ada dalam diri makhluk manusia yg bragama ialah ilmu, redho dan akur dalam menjalani kehidupan dan brhadapan semua perkara kerana di tentukan Allah, sementelahan pula kita malas utk mengkaji dan mencari ilmu bagi merungkai tiap perkara yg kita temui dalam hidup.
Sikap malas dan culas dalam mengaji, mengkaji dan mempelajari ilmu ini jelas trpapar dalam diri apabila kita menyalahi etika dan aturan menuntut ilmu dgn mengambil jalan mudah utk mengetahui sesuatu iaitu dgn menyangka dgn akal yg jahil atau brtanya kepada orang yg tidak ada ilmu tentang sesuatu atau kita sendiri yg meninggalkan proses dan prosidur mengambil ilmu atas alasan yg bodoh yakni jemu.
Sedangkan agama mengajarkan cara dan jalan mengetahui, memahami dan mempelajari setiap sesuatu itu dgn brtanya, belajar, mengkaji, menganalisa, brbincang dgn org yg tahu akan sesuatu perkara yg perlu kita tahu itu. "tanyalah ahli2 yg tahu tentang sesuatu jika kamu tidak tahu."- mafhum al-ayat.
Yg menjadi permasalahan dalam kehidupan kita yg sepatutnya indah dan sejahtera ini ialah sikap diri kita yg malas belajar, mengkaji dan berguru serta malas brtanya, berbahas dan brbincang dgn org yg tahu dan berilmu.
Akhirnya kita menjadi mangsa sikap cuai dan leka diri kita sendiri apabila mengambil pendapat, keterangan, cadangan dan sogokan dari org yg jahil, tidak tahu dan tidak punya ilmu didalam bidang yg kita inginkan pencerahan dan ilmu.
Lantas kebodohan kita di perhebatkan lg dgn memutuskan tindakan untuk abai, ingkar, lari, palau dan brbagai kalimah yg seertinya lg hanya kerana kecuaian diri dan kelemahan membina akal sendiri serta mengikuti cadangan, saranan, kehendak dan perasaan si jahil yg bukan ahli di dalam perkara atau situasi yg kita hadapi.
Tambah zalim dan kejam apabila kita menunding kepihak lain tanpa usul dan kaji hanya kerana rasa akal dan hati.
Perhitungan ini nampak remeh mudah dan senang pada mata zahir untuk di fahami dan di telusuri, namun sekali lagi akal kita di tutup oleh musuh yg ada dalam diri yakni ego dan sombong tajaan iblis untuk membaca memikir dan mengkaji cetusan hati insan marhain ini buat perngukur diri.
Moga jasad yg sihat dan akal yg sempurna yg kita miliki ini tidak dibuang atau di rendahkan darjatnya kerana akal dan ilmu itu yg membezakan antara haiwan dan manusia.

- paduka jurus

Comments

Popular posts from this blog

BUAT RENUNGAN ANAK PERGURUAN SIDRAH, MUSLIMIN DAN MUSLIMAH

SELAMAT HARI RAYA IEDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN

Bingkisan Paduka Jurus