Khalifah oh khalifah

Aiyuhal ikhwanal muslimin...

Jika kita hidup di bumi ini berorientasikan prinsip memenuhi keperluan dan kepentingan sendiri maka kita akan mengelak dari tiap kewajipan umumiah dan kifayah yang juga termaktub sebagai Amar Allah untuk di laksanakan dlm jangka hayat yg tersisa, maka kita memilih utk berfungsi dan berperanan sebagai hamba keperluan, kemahuan dan kehidupan, kita akan rasa perkara yg kita temui dlm hidup dilaluan hayat yg singkat ini telah kita uruskan dgn cukup baik, jujur dan amanah dan penuh tanggungjawab, malah kita memberikan fokus dan komitmen dgn apa yg kita pikul dan kelek walau cuma cebisan yg tk mmpu membeli Jannah Allah, malahan kita pula memelihara cebisan itu dgn prasangka di pandang dan di nilai oleh Allah walau hanya dgn rasa dan sangka semata-mata, hingga kita menafikan fungsi dan peranan asal kewujudan kita yg dirakamkan dalam wahyu Allah sebagai "Khalifah Fil Ardh" yg di ciptakan dgn "Ahsani Taqwim" yakni sebaik kejadian, untuk melaksanakan amanah Allah Yakni membina manfaat dan memakmurkan bumi yg kita diami berpandulan wahyu Allah.

Ayuh kita selami dan fahami kehidupan ini dari sudut pengertian sebagai "Hamba Allah", sudah pasti terasa dalam hati dan jiwa kita ketandusan amalan, kefakiran ibadah, dan kekurangan jariah mahupun mujahadah dan sedakah bagi menggantikan nikmat yg Allah berikan secara percuma kepada kita, adakah tugas2 sebagai khalifah Allah di bumi ini hanya tersurat dalam ertikata melaksanakan kewajipan khususiah semata2? atau dengan hanya melaksanakan tugas rutin sebagi hamba kehidupan semata2 itu sudah di hitung sebagi soleh dan solehah yg bakal mewarisi jannah ? Atau hanya dengan hanya berbuat baik dan jujur tekun dan taat itu telah terlaksana tugas khalifah Allahdi bumi ini ? Atau dgn hanya membiarkan sesetengah pihak melaksanakan kewajipan umumiah itu telah terselamat diri kita dari di tanya tugas kita sebagai khalifah di bumi Allah ini ? Atau hanya dengan memelihara kerja dan keluarga hingga ke hujung usia kita telah melaksanakan tugas khalifah Allah di bumi ini ?
Hitung dan kira berapa jumlah amal kebajikan kita setakat ini untuk meraih Jannah Allah yg tidak ternilai harganya ? Apakah dengan hanya bersantai dan hidup nafsi-nafsi di bumi Allah ini kita telah jadi yg terbaik dan terhebat hingga tidak di persoal lagi peranan dan fungsi sebagai khalifah Allah di bumi ini kelak...? Kita terlalu dan selalu perasan serta berperasangka bahawa nilai terbaik itu lahir dari perbuatan yg baik, bukankah itu semua tidak lansung di pandang oleh Allah dan tidak memberi bekas kepada Allah ? Bahkan Allah cuma memandang hati yang tidak pernah duduk di luar jasad dan kehidupan kita, hati itu tersembunyi di dalam diri kita dan hanya Allah yg tahu apa kenapa dan mengapa atau kemana maqosid tiap tindak tanduk jasad makhluknya.
Lantas ayuh kita fikirkan secara rasional dengan akal yg waras dan sifat kehambaan kepada Al Khaliq, adakah kita sekadar hamba perasaan, hamba kerjaya dan hamba kehidupan atau kita sebenarnya Hamba Allah yg di ciptakan dengan sebaik kejadian yang punya tugas dan peranan yg lebih luas dan besar dari sangkaan tempurung akal kita, yakni melangsaikan amanah sebagai khalifah Allah di muka bumi ini selagi ada kesempatan.

Maafkan hamba marhain bermetafora di ruang ini untuk memperbaiki akal dan iman yg terlalu malas, culas dan su'uzzahn dalam mujahadah dan jariah tenaga, upaya dan masa yg Allah pinjamkam kepada hamba.
Moga hidayah taufik dan petunjuk Allah mengiringi langkah kita menuju alam baqa'.

Aquulu qauli haaza waastagfirullah al azhim li walakum, wassalamu alaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Al-Faqir - Ridzuan Md Nor.

Comments

Popular posts from this blog

BUAT RENUNGAN ANAK PERGURUAN SIDRAH, MUSLIMIN DAN MUSLIMAH

SELAMAT HARI RAYA IEDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN

Bingkisan Paduka Jurus