HARGA SEBUAH PERJUANGAN TERLALU MURAH DI HATI YANG BERPALING TADAH

Detik yg berlalu melangkah pergi tanpa simpati, aku hanya mampu memerhati, tiada upaya utk menahan ianya pergimeninggalkan aku bersama cita dan aspirasi kehidupan yang bakal menjadi memori dlm lipatan zaman.

Demikian setahun lalu aku menukilkan salam ramadhan buat semua insan yang sealiran hala tuju dan pemikiran denganku di medan perjuangan ini.

Syukur aku terpilih dn di beri upaya serta kesempatan oleh Empunya Maya untuk bertemu lagi keberkatan anugerahnya, namun tnpa simpati ia pergi jua meninggalkan aku seperti dulu.

Puas aku mengejar ianya agar tidak terlalu laju berlari meminggalkan aku di sini namun dia tetap patuh pada ketetapan azali dan bergerak pergi dan pergi.

Di hujung pandang, yang tinggal hanya aku, kau dan mereka yang masih terkial-kial memikul beban dunia, terkadang sedar dan terasa beratnya, tak kurang ada ketikanya terasa mudah apabila aku buat-buat lupa dan leka.

Terkadang hati kecil ini menggerutu kekesalan dengan sikap rakan seperjuangan yang sewenangnya memunggah beban kepada rakan dan teman yg kepenatan atau meninggalkannya di perjalanan, apakah mereka tidak berfikir dengan akal fikiran untuk melakukan tindakan berlepas tangan atau membuang beban yang sepatutnya di seret ke medan perjuangan walau apa pun situasi dankeadaan ? Tidak terlintaskah di akal fikiran akan tindakan bodoh mereka itu menyusahkan teman-teman yang sedia demgan bebanan atau takut di perhitungkan di hadapan pengadilan Tuhan ?

Mungkin pada pemahaman mereka perjuangan hanya kesempatan dan ikut kemahuan. Sedangkan ilmu menjelaskan kehidupan sebagai khalifah di bumi Allah ini bukan semata-mata mengejar kesenangan, kemewahan dan keseronokan.

Mereka melupakan sabda dan firman hanya kerana takut keciciran kesempatan meraih kepuasan yang di impikan olah perasaan, makanya kalimah amanah yg sepatutnya terlaksana dengan sempurna semampunya itu hilang makna.

Di perbatasan medan perjuangan aku menanti dengan cita dan harapan agar yg berpaling tadah itu tersapa keinsafan untuk kembali ke medan dengan sisa kesempatan bersama aku dan teman teman merempuh perjuangan.

Namun ianya bagai impian yang tidak pernah berkesudahan, terlalu lama aku di penantian sedangkan mereka tidak sedikit pun tersapa perasaan bersalah apatah lagi belas ehsan.

Dari detik ke minit, minit ke jam dam hari, menjadi minggu bulan dan tahun, dari tahun ke tahun, dari ramadhan ke ramadhan, tidak seorang pun dikalangan mereka yg menoleh seketika memerhati bungkah beban yang mereka lemparkan di laluan, malahan juga tidak seorang pun di kalangan mereka yang yang mengenali aku dan teman-teman di pinggiran sempadan yang terpaksa memikul bebanan peninggalan mereka yang berpaling dari perjuangan.

Puas aku memujuk hati agar akur pada ketentuan Ilahi, namun amarah yang terpendam dlm diri oleh sikap bacul mereka itu sesekali menghambur ke permukaan sabar dan menenggelamkan rasional akal, akhirnya ungkapan primitif dan tak bertamadun yg aku simpan meledak ke kuping membakar emosi dan perasaam mereka yang curang dan khianat itu.

Lantas segenap ruang menunding telunjuk ke muka ku tanda protes dan menegakkan benang basah mereka, kempen senyap dan tidak peduli mengisi agenda ketaatan kepada pucuk pimpinan menelusuri celahan hati pak angguk yg bagai lalang di tiup angin.

Seorang demi seorang kesatria pusaka rebah sebelum bertempur di sempadan medan, soldadu yang di angkat martabat kedarjat maha kuat dan maha taat dulu mula gusar di panah psiko kerabat musibat yg bebal pada adat dan adab mahupun istiadat, pongah segala jampi berawi bermatan janji berwali saksi lebur di api khianat  dan hasad tk bertepi.

Di barisan hadapan, tua yg kian tua menghitung dan memerhati jumlah badut pejuang yang beraksi mengikut hati tanpa rasa malu, segan dan silu, sesekali sorak girang mengiringi hati yang tewas dan tumbang oleh racun perosak perjuangan itu.

Kini, Ramadhan berganti dan bakal pergi, terbiah ramadhan selama tiga puluh hari sedikitpun tidak terkesan di hati kecuali lapar menahan keinginan tembolok dari di isi.

Jauh di sudut hati terpendam cita dan harapan moga...
Esok yang datang membawa sinar cerah menerangi tiap kepudaran dan kegelapan hati yg tersapa keegoan.

Agar segalanya tidak terkubur dalam kata yg di dendang.

Salam ramadhan, salam syawal, selamat hari raya eidulfitri, maaf zahir dan batin.

Comments

Popular posts from this blog

BUAT RENUNGAN ANAK PERGURUAN SIDRAH, MUSLIMIN DAN MUSLIMAH

SELAMAT HARI RAYA IEDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN

Bingkisan Paduka Jurus