TIADA NOKTAH DALAM PERJUANGAN

Salam ukhwah dan salam perguruan buat semua komuniti pertubuhan dan pengikut serta yang menyokong perjuangan PERTUBUHAN SENI BELADIRI JAM'IAH AL-SIDRAH, syukur Alhamdulillah, atas nikmat agama dan sejahtera yang di kecapi, atas keimanan yang masih lekat di badan, atas perjuangan yang istiqomah di landasan. Selawat dan salam buat Junjungan Rasulullah penyatu hati dalam kalimah ukhwah, penunjuk jalan-jalan dakwah dan penyampai sebaik-baik Risalah Diniah. moga Keberkatan, Rahmat dan bimbingan Allah mengiringi langkah tiap pejuang dan beristiqomah di medan jihad dalam mujahadah kerana Allah dan Rasulnya demi Agama yang suci. sekali lagi hamba marhain dhoif lagi fakir ilmu menggagahi diri memerah akal dengkal untuk membait sepatah dua ungkapan tanpa suara di ruang maya yang tersedia di mutakhir era dunia ini, untuk meraikan kecapaian dan menzahirkan kesyukuran atas nikmat yang di anugerahkan Allah kepada usaha dan ikhtiar kecil hamba dalam memperjuangkan madah ilmu kifayah di wadah seni beladiri yang memfokuskan penglibatan tunas ganerasi yang masih hijau, buat di asuh menjadi pewaris dan pejuang dinul Haq, pembimbing bagi yang jahil dan pelindung bagi yang lemah, moga hamba tidak di persalahkan jika tersalah bicara dan di maafkan jika tersalah kata. Tanggal 16hb. September 2012, Pertubuhan Seni Beladiri Jam'iah Al-Sidrah sekali lagi melakar sejarah gemilang lantaran dengan Izin Allah telah berjaya melaksanakan Proses dan prosidur Pemasyhuran Khatam perguruan bagi tiga anak perguruan yang mencapai ke juzuk lima pembelajaran serta lapan anak perguruan yang khatam tujuh juzuk pelajaran. di samping tiga anak perguruan yang berjaya ke penamat ujian juzuk lima. Penyampaian sijil ujian buat semua peserta juga telah di laksanakan buat semua peserta yang telah melalui ujian mulai juzuk satu hingga empat. Pemasyhuran khatam di bacakan oleh Paduka Jurus pertubuhan dan Bengkong Khatam bagi Juzuk Lima di sampaikan oleh Anak Perguruan yang di raikan sebagai raja sehari pada hari tersebut. kelainan majlis pemasyhuran khatam pada kali ini ialah kerana di adakan di dalam majlis walimatul urus anak perguruan berdaftar 001/05 iaitu Khairul Anwar bin Yaccob, beliau turut menerima Pemasyhuran Khatam Tujuh Juzuk pada hari meraikan perkahwinannya. Mungkin jarang terjadi dan jarang di temui majlis walimatul urus berkembar dengan majlis lain selain doa selamat, namun atas syor dari ayahanda Yaccob bin Hussin dan persetujuan keluarga pengantin, majlis Khatam Perguruan bagi kali yang ketiga ini tampak berbeza dari protokol dan istiadat lazim yang di praktikkan kebanyakan perguruan silat atau seni beladiri. Sementelahan salah seorang dari anak perguruan yang di masyhurkan khatam tujuh juzuk itu adalah pengantin sendiri maka tambah meriahlah majlis apabila raja sehari di jemput bersama sahabat khatam melaksanakan protokol terakhir juzuk tujuh iaitu mempersembahkan Tari Tapak Keris di hadapan umum. Sebagai tanda khatam perguruan lima juzuk, anak perguruan di anugerahkan dengan Bengkong Khatam, Badik Anugerah Khatam dan Sijil Khatam serta sijil-sijil iringan yang lain. sebagai tanda khatam bagi tujuh juzuk perguruan sidrah, anak perguruan ini di anugerahkan dengan persalinan lengkap iaitu Tengkolok, Baju Layang, Sampin dan Capal serta Sebilah Keris, segak bergaya bagai seorang pendekar. Protokol wajib yang mesti di lalui oleh semua anak perguruan yang khatam di juzuk lima atau juzuk tujuh perguruan ialah mendengar Bingkisan Paduka Jurus yang di bacakan sendiri oleh Guru Utama perguruan setelah menerima permasyhuran khatam. Ucapan tahniah dan syabas buat MUHAMMAD AKHIR BIN AHMAD PAUZI, MUHAMMAD HAKIIM BIN MAT SHAHARIN DAN HAZIQ AZRI BIN HAMDAN yang telah berjaya ke penamat juzuk lima pelajaran perguruan seni Beladiri Jam'iah Al-Sidrah. ucapan tahniah dan syabas juga buat lapan hulubalang yang di masyhurkan khatam tujuh juzuk pelajaran seni beladiri jam'iah Al-Sidrah iaitu pengantin baru KHAIRUL ANWAR BIN YACCOB, MUHAMMAD AZMIR BIM MAT SHAHARIN, MUHAMMAD ALIAS BIN AHMAS PAUZI, MUHAMMAD AZIZI BIN ABDUL RAHIM, MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN MUHAMMAD FAIRUZ, AZRAN BIN ALI, juga dua peserta khatam lima juzuk yang memecah tradisi dengan mengambil dua khatam dalam satu tempoh iaitu MUHAMMAD AKHIR BIN AHMAD PAUZI DAN HAZIQ AZRI BIN HAMDAN. Selain itu tiga orang anak perguruan yang di masyhurkah tamat ujian lima juzuk perguruan jam'iah Al-Sidrah iaitu AMEERRURASHEQ BIN YAKOB, MUHAMMAD SOLEHHIN BIN ABDUL HALIM DAN MUHAMMAD YUMNI BIN RAFIE. Amat di harapkan mudah-mudahan kesemua anak perguruan yang di mashurkan khatam dan tamat ujian imi akan menjadi pelapis bagi pentadbiran, idola bagi anak-anak gelanggang dan pembimbing bagi peserta baru yang masih mentah tapak dan hala tuju di perguruan ini. tidak lupa juga ucapan tahniah dan syabas kepada guru-guru KO-Silat Institut Kemahiran Mara Kuala Lumpur (IKMKL) yang turut bersama menurunkan peserta persembahan bagi memeriahkan majlis yang di adakan. Ucapan terima kasih yang tidak terhinnga kepada En. Yaccob bin Hussin serta Keluarga lantaran memberi laluan dan kebenaran mengadakan majlis Pemasyhuran Khatam perguruan di dalam Majlis Perkahwunan Ananakandanya serta membantu menjayakan majlis,terima kasih juag di ucapkan kepada En. Abdullah bin Abdul Raffar selaku Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Taman Dagang Fasa 2A/3 Ampang yang bertungkus lumus memastikan majlis berjalan lancar, terima kasih kepada Mantan, Anak Perguruan dan peserta Seni Beladiri Jam'iah Al-Sidrah Yang berkorban masa dan tenaga menjayakan majlis, terima kasih juga kepada semua Ahli Jawatan kuasa KRTD, Surau Ar-Rahmaniah, Bomba Sukarela KRTD, Jiran Muda KRTD dan Jiran Wanita, atas bantuan dan sokongan yang di berikan, terima kasih juga kepada semua penyumbang material dan kewangan serta idea dan tenaga yang terlalu banyak membantu hingga terlaksananya majlis, lapan tahun dalam kemelut melahirkan ganerasi, akhirnya dengan izin Allah dan kerjasama semua pihak Pertubuhan Seni Beladiri Jam'iah Al-Sidrah berjaya sekali lagi meraikan dan memasyhurkan dan melahirkan benih-benih sidrah yang di harapkan akan membuahkan hasil yang bermanfaat kepada Agama bangsa dan negara di mas akan datang InsyaAllah.

Comments

Popular posts from this blog

BUAT RENUNGAN ANAK PERGURUAN SIDRAH, MUSLIMIN DAN MUSLIMAH

SELAMAT HARI RAYA IEDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN

Bingkisan Paduka Jurus