TRAGIS GELANGGANG

Tragis Gelanggang Sidrah
terasa demikian lama hamba tidak menekan mata keyboard meluah bicara jiwa di ruang maya ini, walau tidak pasti massih ada yang mengikuti perkembangan blog tak seindah rupa ini saban hari. namun jauh di sudut hati terpanggil jua adanya atma jiwa untuk berkongsi kisah duka yang melanda perguruan mentah jam'iah al-sidrah ini sejak namanya yang tak se gah mana terselit di ruang ciber.
april 2011 merupakan kemuncak duka bilamana teratak paduka jurus yang merupakan nyawa bagi kewujudan sidrah itu melalui peristiwa tragis yang lansung tidah terjangka akal fikiran akan berlakunya hal yang demikian, teratak yang merupakan pengkalan ilmu yang bermastautin hampir dua dekad di sebelah surau ar-rahmaniah terkorban atas kalimat pembangunan dan kemajuan infrastruktur surau, walau apa pun juaga hujah dan alasannya pihak kontraktor yang kononnya menjadi penyumbang kepada pembinaan itu terang terangan menyusun agenda sebaliknya iaitu mematlamatkan hasrat beberapa entiti yang bermuncung bacul dan penuh kesumat srta iri hati dengan usaha pembentukan generasi muda kariah ini.
tidak cukup dengan usaha menyingkairkan paduka jurus jam'iah al-sidrah itu dari kawasan surau bacul-bacul ini pula merancang menutup gelanggang perguruan yang telah setengah dekad ada di situ, pemaju spesis israil tersebut telah memagar bukan sahaja kawasan surau malah dengan gelanggang perguruan sendiri dengan tembok batu dan telah mengedarkan pelan pembangunan yang di rancang tampa mesyuaray dan perbincangan dengan jawatankuasa tadbir surau untuk mendirikan dewan dan dapur serta stor simpanan peralatan termasuk sebuah menara yang di lakarkan di atas tapak gelanggang perguruan yang selama ini merupakan gelanggang ilmu kifayah bagi anak kariah taman dagang fasa 2A dan 3 serta kawasan persekitaran.
konflik semakin meruncing apabila anak-anak perguruan sepakat mempertahankan tapak ilmu tersebut sehingga memaksa pemaju yang menjadi tukang sondol itu membentangkan pelan pembangunan kedalam mesyuarat. panas dan tegang situasi mesyuarat pada malam itu apabila paduka jurus meluah kata dan membantah pencerobohan tapak gelanggang yang sebenarnya berada di luar kawasan surau ar-rahmaniah tetapi telah di tembok sesuka hati oleh pemaju petualang itu. pro dan kontra pembangunan haram infrastuktur surau menjadi buah mulut masyarakat denagn berbagai versi riwayat yang di cangan oleh bacul-bacul berjubah dan berserban yang berlagak juara pembangunan dan mengambil kesempatan melempias kesumat politik di dalam kekalutan yang sedang berlaku.
tiada keputusan konkrit yang di capai dalam mesyuart tergempar yang di adakan malam itu, kerisauan anak perguruan melihat jengkaut dan kerja sukat menyukat di jalankan oleh pekerja-pekerja kontraktor haram itu memaksa anak gelanggang memantau dan berkubu di gelanggang saban hari sehingga hampir tiga minggu, luluh hati paduka jurus dan terpacul kemarahan yang tidak terhingga bilamana tiang gantung punchingbag yang di tanam oleh anak perguruan generasi pertama di cabut dengan rakus oleh jentolak lahanat yang di tugaskan membersihkan kawasan, terasa bagai jantung dan nnyawa di rentap keluar menyalsikan manusia tanpa tamadun membuli tapak gelanggang perguruan sidrah.
linanganair mata tidak mampu membrhentikan hajat seekor dua entiti bacul berdarjah imam dan orang baru yang mengusulkan penutupan gelanggang tersebut, anak-anak perguruan sidrah yang selama ini tidak pernah bangkit dan melenting atau mengankat muka di hadapan penjerah-penjerah darjat wali itu telah di fitnah dan di tohmah sebagai kumpulan yang jahat dan menentang pembangunan surau, bunyi fitnah dari muncung-muncung khinzir itu bertebaran ke lubang telingan anak kariah surau dan kawasan persekitaran hingga ke tahap yang sukar di percayai dan tak di terima akal waras manusia.
persolannya mengapakah mereka seekor dua itu beria-ia sangat ingin menjahanamkan pengkalan ilmu yang di bina dan di asaskan atas landasan agama dan di selia oleh meraka yang tidak jahil? sejal pembukaan geklanggang perguruan sidrah pada 22 febuari 2005 belum ada lagi anak perguruan yang menjentik atau menyakiti telur dan kemaluan mereka apatah lagi masyarakat. bahkan semua aktiviti yang di jalankan di surau dari urusan keraian hingga ke kematian telah di laksanakan denganbaik oleh anak-anak perguruan yang di tohmah jahat dan kurang ajar itu, dari pengurusan dalam surau hingga membersih kawasan jarang-jarang benar kelihatan pencacai-pencacai tua darjat dewa dan wali yang bacul itu mengutip walau sehelai daun kayu yang bersepah di kawasan surau, apatah lagi urusan mencuci tandas, pengganb mangkok dan longkang yang tersumbat, mereka hanya pandang dan kopmplain tampa hatoi dan perasaaan.
hingga kini walaupun gelanggang perguruan sidrah masih ada di tapak asal, namun situasi semasa dan kekalutan yang berlaku mengubah segalanya, bangunan batu yang menggantikan teratak usang dan bumbung-bumbung khemah beratap zink itu menjadi mercu tanda kepad kekejaman terhadap manusia, kecuaian terhadap pembinaan remaja, menterjemah kebodohan dan kejumudan akal manusia, menjadi penghancur kepada keharmonian dan kedamaian suasana yang di kecapi selama ini.
tiada lagi kelibat anak-anak remaja yang berlebel sidrah atau jiran muda melintasi kawasan surau, tiada lagi keriangan dan kegembiraan menjariah tenaga dan bakti kepada rumah Allah oleh generasi muda sebagai mana sebelumnya.
yang tinggal hanya luka hati yang saban hari mengalir darah benci di kalangan remaja dan anak perguruan terhadap bacul-bacul penjerah damai itu. moga Allah mengampunkan mereka dan memberi mereka kesempatan melihat dan menonton kehancuran yang mereka cipta.
~paduka jurus.

Comments

Popular posts from this blog

BUAT RENUNGAN ANAK PERGURUAN SIDRAH, MUSLIMIN DAN MUSLIMAH

SELAMAT HARI RAYA IEDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN

Bingkisan Paduka Jurus