corat-coret tahun baru 2011

berlalu sudah episod 2010, menjelma agenda baru 2011, sedar tak sedar telah hampir setengah dekad umur perguruan sidrah,syukur di panjatkan ke hadrat Azzawajalla atas limpah kurnia dan Nikmat serta Rahmatnya sidrah masih mampu mengorak langkah merempuh era globalisasi walau masih di usia hijau, ucapan terima kasih juga kepada semua organisasi, sahabat, rakan dan taulan yang tidak putus-putus memotivasi dan menyuntik semangat buat perguruan mentah ini mengorak langkah maju mengejar matlamat dan cita.

sekalung penghargaan juga buat anak perguruan ganerasi pertama hingga generasi ke enam yang terus beristiqomah mempelajari dan mempertahankan pusaka bangsa yang terkandung di dalam madah Jam'iah Al-Sidrah hingga mampu berlari menuju garisan khatam dan membenih generasi buat penyambung kesinambungan perjuangan paduka tua.

namun terpalit juga sedih dan kecewa dengan anak-anak perguruan dan peserta yang cicir dan gugur di laluan mujahadah ilmu lantaran tidak mampu mengekang kemahuan diri menjadi abdi globalisasi dan balaci budaya asing yang bersaing hebat mengambil tempat di medan modenisasi yang terpampang di depan mata saban hari, padahal telah tahu dan sedar akan natijah musibah yang saban waktu mencekik generasi pewaris bangsa agar menjadi jerangkung dan puaka yang bakal memamah tanah tumpah darah sendiri tampa sedar apatah lagi belas simpati akibat lupa diri, lupa generasi, buta budaya dan buta agama dek saban waktu di sumbat najis budaya asing yang melumpuhkan minda dan semangat mereka memperkasa dan menterjemah jatidiri.

mungkin cetusan paduka tua sedikit pedas di telan namun demikian hakikat yang terpampang di ruang hidup kini,belum di tambah lagi dengan jumlah yang tersungkur di lubuk keruntuhan akhlak dan terkurung di pusat-pusat pemulihan, rata-rata sebangsa dan seagama dengan paduka tua, apakah generasi kini di lahirkan untuk menempah kehancuran dan kerosakan...?

jawapan dan riaksi dari persoalan itu dapat di lihat dari jari jemari puak beragama dan berbangsa yang perlahan-lahan menunding ke arah kelompok dan puak serta batang tubuh individu tertentu buat melempias kelemahan dan kesalahan yang terpikul di pundak masing-masing.

gerutu yang menyakitkan telinga serta umpat hamun yang terkadang merobek kesabaran di hamburkan tampa asas dan belas kepada golongan minoriti khususnya membawa wadah gelanggang bagai berdarjat pencacai dan tiada manfaat di celah kehidupan mereka, malah sesetengah mereka itu merendah dan memperlekeh ilmu gelanggang sebagai pencetus asobiah dan perpecahan, masyaAllahu taala... paduka tua bungkam seketika dek jumud dan buta kayu puak-puak pelampau yang berfikiran primitif ini, bungkam dengan fiel dan tindak tanduk di zaman teknologi dan maklumat serta ruang ilmu yang bertaraf global masih ada yang berguru dengan katak di bawah tempurung dan syok sendiri dengan kehidupan selesa yang di miliki.

bersambung...

Comments

Popular posts from this blog

BUAT RENUNGAN ANAK PERGURUAN SIDRAH, MUSLIMIN DAN MUSLIMAH

SELAMAT HARI RAYA IEDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN

Bingkisan Paduka Jurus