PROGRAM PERKHEMAHAN UJIAN SENI BELADIRI JAM'IAH AL-SIDRAH INSTITUT KEMAHIRAN MARA KUALA LUMPUR

30hb. April 2010 jam 04.30 petang bas milik Institut Kemahiran Mara Kuala Lumpur bersama 25 peserta bergerak Taman Dagang Fasa 2A/3 Ampang untuk mengambil 7 jemaah wasit dan 7 urusetia program yang menanti untuk berangkat ke destinasi perkhemahan di Kem Pengakap Malaysia Pantai Bagan Lalang Sepang Selangor Darul Ehsan.
Seramai 23 peserta dari IKMKL beserta lima guru pengiring menyertai perkhemahan yang di rancangkan, program ini di kendalikan oleh Jemaah Penguasa Gelanggang dan istiadat Sidrah, enam Jemaah Wasit Persatuan Seni Beladiri Jam’iah Al-Sidrah beserta dua wasit amali dan tujuh anggota Skuad Jiran Muda KRTD dibawah naungan Kawasan Rukun tetangga Taman Dagang Fasa 2A/3 Ampang Selangor Darul Ehsan, manakala guru Seni Beladiri Jam’iah Al-Sidrah, Ust. Ridzuan bin Md. Nor dan Anggota Majlis Syura Sidrah DKS Ust. Muhammad Syafiq bin Abdullah selaku jurulatih program, turut serta juga seorang ahli jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga Taman Dagang Fasa 2A/3 di berikan tugas sebagai Ketua Unit Keselamatan program yang di adakan, tidak ketinggalan juga soarang peserta program pertukaran budaya (AFS Asia) di bawah kementerian Perpaduan dan Integrasi nasional yang menjadi anak angkat kawasan rukun tetangga taman dagang fasa 2A ampang , Mr. Jonas Scereiner-Dott berasal dari German turut menjalani ujian tahap satu sidrah di sana.
Objektif utama program yang di adakan ialah untuk mematlamatkan ujian penilaian peserta ko-kurikulum seni beladiri (Silat) jam’iah Al-Sidrah Institut Kemahiran Mara Kuala lumpur, di samping rehlah dan aktiviti luar institusi tersebut, rancangan pengisian program selain ujian seni beladiri turut di senaraikan kuliah magrib, qiamullail dan kuliah subuh, aktiviti luar kem seperti riadhah dan rehlah turut mengambil ruang di tentetif program, program juga turut menyenaraikan aktiviti latihan dalam kumpulan (LDK) dan penilaian peserta dan kumpulan terbaik bagi menggalakkan persaingan sihat di kalangan peserta.
Pentadbiran Sidrah Dan Jemaah Wasit menetapkan tiga format ujian bagi semua peserta yang terlibat mengikut tahap pencapaian pembelajaran masing-masing, klasifikasi ujian di bahagikan kepada dua iaitu silibus amali gelanggang dan silibus tiori yang merangkumi Pengetahuan Umum Agama Islam dan Pentadbiran Sidrah.
Sabagaimana yang di maklumkan oleh pentadbiran ko-kurikulum silat IKMKL program perkhemahan ujian silat ini adalah yang pertama kali di adakan di sebapkan fokus perkhemahan adalah untuk menjalani ujian, demikian juga pentadbiran jemaah penguasa sidrah merasai pengalaman baru dalam melaksanakan ujian peserta kerana sebelum ini ujian peserta gelanggang sidrah hanya di jalankan di gelanggang induk sahaja.
Setibanya di lokasi perkhemahan peserta dan urusetia di beri taklimat perjalanan program dan peraturan perkhemahan, turut di sampaikan proses dan dan prosidur menjalani ujian, peserta di bahagikan kepada lima kumpulan dan mereka memilih ketua kumpulan seterusnya ketua kumpulan menerima mandat perkhemahan dan mereka diarahkan memasang khemah masing-masing di kawasan penempatan peserta yang telah di tetapkan.
Agenda kuliah magrib tergendala di sebapkan terputus bekalan elektrik dan program di sambung semula pada pukul 9.30 malam selepas bekalan elektrik pulih semula.
Pada jam 10.00 malam semua peserta di arahkan menjalani latihan final sebelum menduduki ujian yang di jadualkan pada esok hari bersamaan 01hb. Mei 2010.
01hb Mei 2010 Jam 04.30 pagi peserta di bangunkan untuk berqiamullail sebagai wadah pengisian kerohanian dan ketahanan jiwa dalam melaksanakan ujian yang belum pernah mereka lalui, qiamullail di bimbing oleh Ust. Muhammad Syafiq bin Abdullah selaku jurulatih program.diikuti solat subuh berjamaah dan kuliah subuh ringkas yang juga di kendalikan oleh beliau. Seterusnya peserta menikmati minum pagi dan di bawa beriadhah ke pantai Bagan Lalang sebagai mukadimah pemanasan badan sebelum menduduki sesi ujian yang di jadualkan bermula pada jam 8.30 pagi.
Jam 8.45 pagi pesrta pertama di panggil kedewan ujian di ikuti peserta berikutnya, dua wasit amali bertugas sebagai jurulatih altanatif di ruang menanti untuk memudahkan peserta merujuk pelajaran yang tercicir dari ingatan lantaran gementar ke gelanggang ujian, Pusingan pertama peserta masuk ke dewan ujian menyaksikan kegusaran dikalangan wasit disebabkan peserta-peserta tidak pernah melalui proses ujian pencapaian ko-kurukulum silat sebelum ini, terdapat juga di kalangan peserta yang terlalu gemuruh hingga tidak dapat melaksanakan arahan-arahan wasit untuk penilaian, namun profesionalisma dan pengalaman serta kerjasama antara wasit dan semua pihak yang terlibat dalam program ini dapat menenangkan semua peserta dan mengurangkan tekanan kepada wasit ujian dan akhirnya semua 27 peserta menyelesaikan ujian amali gelanggang pada jam 6.00 petang dan diikuti sesi ujian teori perguruan mulai selepas makan malam jam 9.00 malam hingga jam 01.00 pagi, keseluruhan masa yang di gunakan untuk menamatkan kedua-dua disiplin ujian bagi semua peserta adalah kurang dari 24 jam, jauh lebih singkat dari masa yang di anggarkan iaitu 30 jam.
02hb. May 2010 jam 2.30 tengahari semua peserta telah berkemas untuk pulang, namun skuard dapur masih bertungkus-lumus menyediakan jamuan makan tengahari manakala jemaah wasit mengalami sedikit masalah akibat printer yang di bawa bersama tidak dapat berfungsi dengan baik, walaubagaimanapun keputusan ujian telah sedia untuk di umumkan, Akhir pengiraan mata ujian menyaksikan semua peserta IKMKL yang menduduki ujian telah Berjaya dan sekurang-kurangnya lulus kedua-dua ujian amali dan tiori, majlis ringkas di adakan di perkarangan kawasan perkhemahan, en. Mazlan bin Ismail selaku ketua penasihat ko-kurikilum silat IKMKL menayampaikan ucapan perasmian penutup perkhemahan ujian seni beladiri sidrah IKMKL sesi 2010. Keputusan ujian di bacakan oleh En. Muhammad Alias bin Ahmad Pauzi selaku ketua wasit, manakala peserta terbaik dan kumpulan terbaik di umumkan oleh En. Aizi bin Ali selaku Setiausaha jemaah wasit, kedua-dua peserta yang di nobatkan sebagai peserta terbaik ujian sidrah IMKL 2010 dan kumpulan terbaik terdiri dari peserta semesta dua IKMKL 2010.
Majlis penutup dan program perkhemahan di tamatkan pada 02hb. May 2010 jam 3.00 petang dan diakhiri dengan sesi bergambar di kalangan guru pengiring, wasit dan urusetia program.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih di ucapkan kepada jemaah wasit yang Berjaya menyudahkan tugas penilaian dengan cekap dan menepati jangkamasa yang di peruntukkan, juga kepada semua guru pengiring dari IKMKL yang berkhidmat sebagai mediator dan tukang masak sepanjang progam, terima kasih juga di ucapkan kepada skuard jiran muda KRTD Fasa 2A/3 yang sanggup menyediakan makanan sepanjang program, demikian juga kepada semua pihak yang menyumbang material, alatandan idea hingga perkhemahan ini dapat di jalankan dengan baik dan memenuhi agenda yang di tetapkan, tanpa kerjasama dan sikap toleransi sudah pasti objektif dan matlamat IKMKL mengadakan perkhemahan ini tidak dapat di laksanakan dengan sempurna.
Semoga semangat gotong-royong muhibbah dan kerjasama sebegini dapat di kekalkan dan menjadi teladan yang baik untuk semua pihak dalam pembentukan modal insan dan sahsiah yang terpuji buat diri dan pelajar amnya.
Salam Hormat dari Hamba ~ Al-Fakir Paduka Jurus Seni Beladiri Jam’iah Al-Sidrah.

Comments

Popular posts from this blog

BUAT RENUNGAN ANAK PERGURUAN SIDRAH, MUSLIMIN DAN MUSLIMAH

SELAMAT HARI RAYA IEDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN

Bingkisan Paduka Jurus