Bingkisan Paduka Jurus


BINGKISAN JIWA AKU BAHASKAN
BUAT TATAPAN DAN PERINGATAN
PESAN KU NYATA JANGAN ABAIKAN
KELAK MERANA SEPANJANG JALAN

JANGAN DI SEMAH SI BESI TUA
KELAK PUAKA MENUNTUT KORBAN
JANGAN DI SANGGAH JANJI SETIA
KELAK SUMPAH MU MAKAN TUAN



BERSALAM (lafaz salam untuk semua) HAMBA (guru) BERTIKAM LIDAH (menyampaikan ilmu memberi tunjuk ajar, penerangan dan bimbingan kepada semua anak perguruan),

BERGELANGGANG (keadaan mengajar itu) DI HATI GUNDAH (risau akan ilmu yang di sampaikan memberi manfaat atau mudarat, oleh itu),

ANDAI BERTAMU HAYAT ( panjang umur guru dalam membimbing anak gelanggang) JADIKAN (semua bait ayat yang di susun dalam bingkisan ini sebagai) PESAN (dalam membawa ilmu beladiri yang di ajarkan selagi berada di dunia ini),

ANDAI (jika) BERTANDANG (hadir atau datang) MAUT (sampai ajal guru) JADIKAN (semua bait ayat yang di susun dalam bingkisan ini) AMANAT (wasiat yang mesti ditunaikan dan dilaksanakan oleh semua anak perguruan yang mengambil ilmu seni beladiri jam’iah al-sidrah),

UNGKAPAN (kata-kata yang di susun dan dibina) TERSIRAT (tersembunyi erti yang amat sangat besar), KALIMAH (ayat-ayat dan bahasa yang di tulis) TERSURAT (indah di dengar tetapi tajam menghiris hati yang ingkar kerana),

DALAM HAKIKAT (kehidupan manusia itu lalai dan lupa) BERTEMU SURATAN (hinggalah musibah melanda akibat derhaka itu baru sedar akan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan).

SEWAKTU KAU ( anak murid yang datang menuntut ilmu sidrah) TERKAPAI-KAPAI (tidak tahu apa itu seni beladiri)

MENCARI (ilmu dan guru) PAUTAN ( tempat bergantung harapan) UNTUK BERDIRI (gagah memiliki ilmu beladiri di badan)

TANPA MENGERTI ( tidak faham ) APA YANG KAU HAJATI (dan kau mahukan di saat kehadiran mu ke gelanggang itu),

AKU (dengan simpati dan tulus ikhlas ) JABAT TANGAN MU (menerima diri mu yang tidak tahu itu) PASRAH DI HATI (berserah pada Allah agar diberikan kekuatan dan istiqomah mengajar mu, tanpa aku menyoal siasat)

USUL NASAB MU (latar belakang, kekayaan atau harta benda mu) TAK PERNAH KU CARI (atau diharapkan dari mu sebagai balasan ilmu yang aku curahkan, tekad dan niat hati ku),

ASAL KAU SUDI (dan sedia belajar dan menerima pelajaran beladiri ini), AKU MEMBERI (sebaik mungkin ilmu yang aku miliki itu mengikut keupayaan dan kemampuan ku).

DI SAAT KAU (diri mu yang mula belajar itu) BERTATIH (mengatur tapak ) MELANGKAH KAKI (belajar bergerak di dalam ilmu yang dipelajari) ,

TERSADUNG (tersepak atau terlanggar) BATU ( dan berbagai halangan untuk menuntut ilmu) TERSEMBAT AKAR (serta berbagai cubaan mengingati ilmu pengetahuan yang asing bagi mu),

KAU JATUH (akibat kurang yakin dengan kebolehan dan kemampuan mu) REBAH (tewas dan mengalah) MENYEMBAH BUMI (tak berdaya dan putus asa dengan kelemahan yang kau miliki),

KU INGATKAN (dengan kata ungkapan mencabar dan meransang ketahanan jiwa mu dan kebolehan yang ada ) PADA MU (dengan nasihat dan kata semangat) DALAM SEDAR (dan kau mendengar dan faham setiap nasihat dan dorongan ku),

ITU (kepayahan dan kesusahan) ADALAH LUMRAH (kebiasaan dan hukum alam yang azali bagi yang menjalani) HIDUP INI (setiap yang berharga yang ingin kita miliki pasti melalui ujian dan rintangan dari Allah),

JANGAN GUSAR ! (atau mengalah dengan kelemahan tetapi redho dan istiqomahlah), HADAPI DENGAN SABAR (dan tabah semua dugaan dan ujian dari Allah itu).

KU AJAR (dari kosong akal mu perihal beladiri ini hingga kau tahu menguasai juzuk-juzuk pelajaran) KAU BERDIRI (dalam tapak – tapak yang di ajarkan padamu), LANGKAH (mu penuh yakin) BERSENI (seindah seni bangsa dan budaya melayu beragama Islam),

MENGHAYUN KAKI (ke kiri, ke kanan, ke hadapan dan belakang bagi menguasai ilmu menyerang dan bertahan) MENANGKIS RAPI (kiri, kanan, atas, bawah, depan dan belakang bagi menguasail ilmu mengekang dan menahan musuh dan serangan yang datang),

CEKAL JIWA (dan tabah mengasah kemahiran dengan) SEMANGAT (yang berkobar bagai semangat pejuang melayu dan pejuang agama yang) BERANI (menongkah musuh walau di mana dan berbagai rupa yang pernah kau temui atau belum pernah kau temui),

MASA (untuk menjadikan diri mu gagah sebegitu) DAN WAKTU (yang aku korbankan untuk memberi perhatian pada mu hingga menguasai kecekapan dan ketangkasan itu) BUKAN SEHARI ( bahkan dari dulu hadir mu kaku hingga kini tetap ku perhati),

SUSAH (nya mengajar yang berat akal dan lembap di tambah karenah gila dan masalah yang menyapa tak semudah disangka) DAN SENANG (nya kau melupakan saat getir pembelajaran mu itu sesenang lalu air di daun keladi tanpa perasaan bersalah) BUKAN SEKALI (aku berpesan dan berkhutbah padamu mengingatkan diri mu itu agar tak lekang dengan ilmu dan tak terpisah dari guru),

HINGGA KAU BISA (mampu dan berupaya menguasai juzuk ilmu yang dulu asing bagi mu buat bekalan) MENONGKAH (mendaki kesukaran yang mendatang dan melalui) HARI ( usia mu dengan penuh tabah dan yakin kerana memiliki sedikit ilmu yang payah kau pelajari itu).

KU TITIP (buat panduan dan bekalan mu serta rujukan dikala lalai atau buntu akal mu) PESAN (berbahasa atau tidak berbahasa bersurat atau berkalam ) TIADA SUKATAN (sentiasa dan berpanjangan salagi kau berada di hadapan ku dan didarjat anak murid ku dan sihat akal mu untuk sedia menerima atau kau memilih untuk mengabaikan begitu saja.)

AMAR (yakni suruhan Azza Wajallah yang terbahagi kepada dua iaitu (1) perintah melakukan kebaikan dan menunaikan hak Allah yang terhimpun di dalam rukun Islam dan kepercayaan yang terhimpun di dalam Rukun Iman dan yang disampaikan melalui lisan Rasulnya Nabi Muhammad Sallallhu alaihi wasallam) (2) perintah meninggalkan kemungkaran yakni kekejian yang merosakkan diri, masyarakat, agama bangsa dan negara, larangan yang termaktub di dalam kitab Al-Quran dan yang di sampaikan melalui lisan Rasulnya Nabi Muhammad Sallallhu Alaihi Wasallam ) TUHAN (Allah Yang Maha Esa yang tiada sekutu baginya yang maha suci dari segala sifat kekurangan dan kekuasaannya meliputi seluruh alam, yanhg menciptakan dirimu dan diriku serta mereka.) WAJIB (yakni tidak dapat tidak selagi kau bernyawa dan sihat akal mu mesti kau) KERJAKAN (tunaikan dan laksanakan mengikut syarat dan rukunnya dengan tulus ikhlas mu sebagai abdi dan tanggungjawab mu sebagai makhluk yang di taklifkan hukum terhadap mu)

NAHI (yakni larangan, tegahan, yang ditegah melakukannya) MUNGKAR ( yakni perkara yang salah di sisi syariat agama, budaya Islam dan susila manusia) JADI (hal tersebut hendaklah dijadikan) SEMPADAN (yakni sesuatu yang memisahkan diri dari melakukan atau sukatan yang mengukur kekejian itu agar tidak dilakukan atau menghampiri diri)

AGAR (supaya dan mudah mudahan dengan sikap taat melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan itu) ILMU (pengetahuan dan kepandaian yang dicari dan dipelajari dalam berbagai madah khususnya ilmu beladiri yang di pelajari di perguruan ku ini) LEKAT (tidak hilang atau lupa selagi akal mu waras dan upaya dan kemampuan jasad yang kau miliki) DI BADAN (selama hayat mu di kandung badan).

BUKAN DI JUNJUNG ( di agung, diperbesarkan oleh pemilik, pentadbir dan pewaris ilmu sidrah itu) BAGAI HIASAN ( tanpa dimanfaatkan, bahkan dipertonton dan dibangga-banggakan dengan sebarang cara, istiadat atau ritual yang bercanggah syariat dan syiar Islam)
TAPI DI AMAL ( yakni ilmu Sidrah itu hendaklah dimanfaatkan ke jalan Allah oleh yang memiliki, yang mentadbir dan yang mewarisinya) BUAT BEKALAN (sebagai amal ibadah dari jariah tenaga dan ilmu serta pengorbanan masa dan harta yang dikorbankan untuk mengembangkan ilmu yang bermanfaat dan salah satu cabang fardhu kifayah di dalam agama Isllam semoga di hisab oleh Allah sebagai Amalan soleh dan di berikan ganjaran pahala).


KINI (setelah kau miliki juzuk-juzuk ilmu sidrah itu) KAU GAGAH ( dan mampu berhadapan musuh mengikut kemahiran mu), LINCAH (dan tangkas bertapak dan berpencak hasil dari perguruan mu) DAN GAH (serta bangga diri mu dan keluarga dengan ilmu yang kau miliki itu kerana mampu dijadikan sandaran ketika kesulitan).

RUYUNG (yakni ibarat kepada juzuk-juzuk ilmu sidrah yang kau pelajari) KAU PECAH (dan kau terokai kemahirannya) !, SAGU ( yakni ibarat kepada hasil usahamu yang dapati itu )KAU JAMAH (dan kau kecapi hasilnya hingga kau diiktiraf dan dimasyhurkan ) !,

TERBUKA MATA (setelah kau menamatkan pelajaran mu sekadar mampu diperguruan itu ), DUNIA KAU JENGAH (kau mengalihkan sikap dan perhatian mu melupakan apa yang kau pelajari ),

ASYIK (kau dengan dunia baru mu), SEDAP ( kau berdusta asal-usul mu), ENAK ( kau memperlekehkan perguruan mu), KAU RATAH (dengan lahap apa yang kau temui itu tanpa kau peduli janji dan sumpah mu) !,

AKU (guru yang mendidik mu dari tapak tahap kosong hingga kau mendapat apa yang kau hajati dari perguruan ku) PESAN PADA MU (wahai anak perguruan yang bertapak di gelanggang Seni Beladiri Jam’iah Al-Sidrah ) KALAM ( laknat buat mu yang khianat) BERSUMPAH (Aku bermula di tapak asal perguruan ini, aku hentakkan tumit bersaksi tujuh petala bumi, asal aku dan diri mu itu tanah, maka akan kembali jua ke tanah, ku regang sewah di bawah tujuh petala langit, bergumpal roh mu dan aku di maya Arwah di antara Arays, berpasak Qasam tiga Huruf, bersendi lima ruikun bersandar kalimah Al-Wahdah, bersatu di kau dan aku di iktikad yang enam tunduk merafak abdi di jihahya yang sama selagi kau mengucap kalimah yang sama) !
JANGAN (sekali-kali ) KAU CARI (dan kau tempah) JALAN MUSNAH (yang kau sendiri tahu akibat dari khianat dan hakikat menyimpang dari kebenaran itu) !.


KAU HILANG (dari guru, perguruan, saudara saudara-saudara mu) BAGAI HANUMAN ( sejenis makhluk jin yang tak dapat di lihat mata tetapi di ketahui kisahnya), GHAIB (dari penglihatan dengan sekelip mata ) TANPA PESAN (tanpa izin, tanpa adab sopan, tanpa salam perpisahan sebagai mana kau hadir untuk belajar di waktu jahil mu dulu) !,

LAGAK ( gaya mu ) TERLEPAS ( merdeka dan bebas) DARI TAWANAN (peraturan dan adab susila perguruan serta amanah yang terpikul di bahu mu),

SEMAKIN JAUH (hati mu meninggalkan habitat asal mu sewaktu berguru dan) DARI PANDANGAN (saudara dan sahabat serta guru mu yang dulu kau jamah tenaga dan ilmunya),

SERUAN (agar kau hadir dan bertemu saudara mu dan lubuk ilmu di perguruan ku) TIADA LAGI (kau dengari dan tiada lagi) KAU HIRAUKAN (walau hadir utusan dan perutusan ke pangkuan mu),

SUMPAH (yang kau lafazkan di bai’ah mu itu) JANJI MU ( yang kau ucapkan dengan muncung mu itu dahulu) BERTABURAN ( di sepanjang larian hayat mu tanpa kau peduli atau sedikit pun perasaan gentar di hati mu),

TAPAK ( yang kau pelajari setengah jalan itu atau ke nokhtah khatam itu) DI BUKA ( dan di tilik dengan akal yang waras bukan peraan kehaiwanan) TAK BERKESUDAHAN (dan tak bernoktah akibat sikap dan fiel mu yang angkuh dan sombong mu setelah mendapat setapak dua ilmu).


LANTAS AKU (sebagai insan yang kau lupakan) BERKIRIM PESAN (padamu yang khianat itu) DI ANGIN LALU (lantaran kau tidak lagi menghiraukan panggilan dan seruan ku agar hadir bertemu diri ku),

PESAN KERAMAT (dengan peringatan) SEORANG GURU (yang kau zalimi hati dan perasaannya),

KALIMAH (dan kata-kata ) YANG TAK SEMPAT ( dan tk dapat kau dengar sebelum ini lantaran kau lari dari perguruan ku dan tak pernah) KAU PELAJARI (kerana kau tidak pernah ambil peduli ilmu yang kau tinggalkan itu,

UNGKAPAN (yang ku hamburkan pada mu walau amarah ku bersangatan ) BERPERI (dan sukar kau fahami ) PENUH ERTI (jika kau kaji dengan akal mu yang dianugerahkan Ilahi kepadmu),

MOGA KAU FIKIR ( dengan waras apa yang aku katakan), BUKAN DI PINGGIR (atau sekadar kau ketawakan ),

HAKIKAT (sebenarnya khianat itu mengundang padah) YANG TETAP (akan merangkak setapak demi setapak ) HADIR (pada mu lantaran kau yang mengundang laknat ilmu itu ) WALAU DI USIR(dengan sebarang sikap dan perangai yang kau jangkakan melepaskan diri mu dari sumpahan akibat memilih darjat murid derhaka).


AGAR KAU (yang Curang itu) SEDARI (dan ingat ) APA (yang di katakan laknat ilmu) YANG BELUM KAU TEMUI (lantaran kau masih mamp[u lari darinya),

AGAR PERJALANAN MU ( andai pergi mu meninggalkan aku secara terhormat, berradat dn beradap sopan itu ) PENUH BERERTI (lantaran pemergian mu di restui dan di ijab kabulkan dengan redho seisi gelanggang dan perguruan).

AGAR DIRI MU (yang pergi membawa ilmu itu) DI HARGAI (semua insan yang mengenali ) DAN DI HORMATI (semua insan yang yang kau temui),

AGAR HILANG MU (yang di sayangi lantaran taat setia mu) DI CARI (dan di rujuk oleh insan yang menyayangi diri dan ilmu mu), PERGI MU ( sebagai murid yang kasihi oleh sekelian jemaah perguruan) DI TANGISI (lantaran kau amat perlukan dan di hormati),

AGAR KAU TAHU (bahawa akur dan taat itu mempunyai kemanisannya tersendiri dan) MENGAMAL BUDI PEKERTI (itu adalah sikap mahmudah yang memartabatkan insan kedarjat yang mulia),

AGAR KAU (pergi dengan izin itu) SIAGA (dan sentiasa bersedia dengan cabaran dunia luar mu yang lebih hebat dari dunia gelanggang mu) DAN TAK SESAL (lantaran doa guru dan seisi perguruan untuk kesejahteraan mu di musafir hayat mu) SENDIRI (pada zahirnya tetapi barakah dan rahmah bersama mu pada hakikatnya).

Comments

Popular posts from this blog

BUAT RENUNGAN ANAK PERGURUAN SIDRAH, MUSLIMIN DAN MUSLIMAH

SELAMAT HARI RAYA IEDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN