PENGAMBILAN PESERTA BARU SESI 2010

Salam ukhwah dan salam perguruan buat semua pengunjung ruang ciber khususnya blog Sidrah, semoga tuan puan encik dan cik semua berada di dalam naungan Rahmat Allah.

sedar tak sedar pejam-celik kita sudah sampai di minggu akhir febuari 2010, lantaran kesibukan dan jadual yang ketat menjadi kekangan untuk unit multi media yang menguruskan blog sidrah di ruang ciber untuk mengemaskini artikel dan maklumat yang tercatat di ruangan ini.

hamba amat mengalu-alukan anak-anak perguruan yang berkemahiran dalam bidang komputer dan penulisan membantu kami di pentadbiran menyediakan artikel dan mengemaskini maklumat yang terkandung di blog ini buat tatapan dan rujukan bersama.

sebagaimana biasa setiap tahun Perguruan Seni Beladiri Jam'iah Al'sidrah membuka tawaran penyertaan anak-anak kariah taman dan kawasan persekitaran untuk bersama perguruan kami mempelajari ilmu beladiri, pihak pentadbiran Induk dan Jemaah Penguasa Gelanggang dan Istiadat sidrah tidak pernah meletakkan tahap umur untuk menyertai perguruan ini, asalkan sihat tubuh badab dan sihat akal fikiran kami sedia membantu mana-mana individu yang berminat untuk bergelanggang mempelajari dan memiliki juzuk-juzuk ilmu beladiri yang tersedia di dalam perguruan ini.

proses dan prosidur penyertaan hanyalah hadir ke gelanggang dan memohon ke\benaran untuk mebelajar daru guru utama atau wakil guru di gelanggang. selain itu urusan pendaftaran dan keahlian akan di maklumkan dari masa ke semasa oleh pihak gelanggang yang mengendalikan urusan tersebut.

sehingga kini keahlian yang tercatat di dalam buku daftar induk perguruan ialah seramai 245 peserta dan yang masih aktif di gelanggang seramai 110 peserta.

pihak pentadbiran juga membuka tawaran penyertaan kepada golongan wanita dan beliawanis bagi memeriahkan lagi sesi pembelajaran dan mengketengahkan ilmu sidrah kepada kaum hawa agar menjadi altanatif membantu menyelamatkan diri di saat musibah atau gangguan kaum adam jongos yang sentiasa mengintai peluan.

sesi pembelajaran bagi wanita bagi sesi 2010 ini di adakan pada sebelah malam mengikuti jadual latihan peserta lelaki untuk menyelaraskan proses pembelajaran dan latihan kepada semua peserta.

sidrah juga merancanmg untuk mengadakan ujian kelayakan senayak dua kali setahun untuk mengelakkan lambakan peserta juzuk satu dan peserta juzuk junia di setiap sesi pembelajaran.

selain itu pihak pentadbiran juga mengingatkan kepada semua peserta agar sentiasa menguamakan keselamatan dan kesihatan badan sebagai persediaan mengharungi pahit maung sebagai getir dalam mempelajari ilmu beladiri.

di sini hamba muatkan juga peraturan umum gelanggang buat tatapan dan rujukan semua anak gperguruan, semoga ilmu yang di muatkan di ruang sempit ini dapat di manfaatkan dengan sebaiknya.

4. Adab dan peraturan majlis buka gelanggang :

- Semua peserta hendaklah berdiri dalam barisan yang ditentukan.
- Tidak berkata-kata hal-hal yang tiada kaitan majlis.
- Duduk ampu tumit sidrah.
- Tunduk dan dengar khutbah khalifah majlis.
- Membaca semua ayat-ayat,selawat,doa dan zikir yang telah di maklumkan.
- Gerak pecah tapak.
- Bagun dan rehatkan anggota kaki.

5. Adab dan peraturan di dalam majlis ilmu / gelanggang :
- Mengikut arahan guru / wakil guru di gelanggang.
- Dilarang melakukan aktiviti-aktiviti yang tiada kaitan dengan pembelajaran di gelanggang.
- Dilarang menggunakan alat-alat bantu ( pisau,kayu,pedang dan lain-lain )tanpa kebenaran atau arahan dari guru / wakil guru di gelanggang.
- Dilarang mengganggu peserta-peserta lain yang sedang berlatih di gelanggang.
- Tidak dibenarkan bermain sebarang permainan dalam gelanggang.
- Tidak di benarkan keluar dari gelanggang tanpa kebenaran guru / wakil guru gelanggang.
- Dilarang bersembang-sembang atau berehat-rehat membuang masa di gelanggang.
- Dilarang merokok dan makan di dalam gelanggang.
- Dilarang mengubah / meminda struktur gelanggang tanpa arahan guru gelanggang.
- Dilarang merosakkan / memusnahkan harta-harta gelanggang.
- Bersungguh-sungguh dan cermat dalam menjalani latihan di gelanggang.
- Bertanya jika tidak faham atau tidak tahu dalam hal-hal yang berkaitan pembelajaran dan pelajaran di gelanggang.
- Jaga kebersihan dan kecerian gelanggang.
- Dilarang mengganggu barang-barang peserta yang disimpan di gelanggang.
- Bertimbang rasa dan sefahaman dalam menjalankan aktiviti pembelajaran di gelanggang.
- Menghormati hak peserta-peserta lain untuk belajar.
- Dilarang bergaduh /menimbulkan kekecohan di gelanggang.
- Melaporkan kepada guru /wakil guru jika berlaku kecederaan semasa menjalani latihan di gelanggang.
- Dilarang mengeluarkan kata-kata lucah,kasar,kesat,dan hendaklah bekomunikasi secara sopan dan berhemah.
- Jabat gelanggang setiap kali selesai menjalankan latihan bersama rakan.
- Bekerjasama dengan semua peserta,saling bantu-membantu dalam menjalani latihan di gelanggang.
- Mematuhi arahan-arahan semasa yang diberikan oleh guru/wakil guru di gelanggang.
- Memakai pakaian rasmi perguruan

6. Adab dan peraturan bersama rakan-rakan seperguruan :
- Ikhlas dan redha.
- Bersungguh-sungguh dan penuh perhatian.
- Menghormati / memahami suasana perbelajaran.
- Jabat perguruan / mohon maaf.
- Mempraktikan ukhwah dergan semua perserta.

7. Adab dan peraturan dengan guru :
- Berhenti dan jabat peguruan apabila guru hadir.
- Menanti kehadiran guru dalam setiap pembelajaran.
- Mencatit setiap peringatan dan nasihat serta di praktikkan.
- Menghormati hak guru dalam perguruan.
- Akur perintah yang tak menyalahi syariat dan memudaratkan diri peserta.
- Bertanya jika tidak faham/tidak tahu dan selalu meminta nasihat/komen guru.
- Dilarang mengganggu guru atau menimbulkan gangguan dalam pembelajaran.
- Mempraktikkan adab-adab gelanggang yang telah di sampaikan.
- Menghormati rakan-rakan guru/tetamu yang hadir bersama guru.
- Berbaik sangka antara murid dan guru.
- Mohon restu dan izin guru untuk menyambung pelajaran atau menamatkan pembelajaran.
- Sedia membantu jika diperlukan.

8. Adab dan peraturan meninggalkan gelanggang :
- Minta kebenaran dari guru / wakil guru sebelum meninggalkan gelanggang.
- Menutup majlis ilmu dengan membaca tasbih kifarah dan surah Al-Asr.
- Memastikan barang-barang dan alat bantu pelajar disimpan baik.
- Memastikan semua suiz elektrik dimatikan.
- Pastikan gelanggang dalam keadaan besih dan kemas.
- Dilarang meninggalkan barang-barang persendirian di gelanggang.
- Dilarang meninggalkan gelanggang tanpa menutup gelanggang dan majlis wida.
9. Adab dan peraturan di majlis jemputan rasmi / khalayak umum :

10. Peraturan pakaian perguruan Jam'iah Al-Sidrah :
¬- Pakaian rasmi perguruan :-
- Pakaian rasmi silat kebangsaan.
- Perkaian umum perguruan.

11. Alat-alat kebesaran / protokol seni beladiri jam'iah al-sidrah.
- Lagu tema Gema Jiwa Sidrah / The Voices Spirit of Sidrah.
- Logo "maya" sidrah.

Kemaskini ceraian juzuk utk.IKMKL 20/01/2010

selain itu hamba juga mengalu alukan penyertaan dan sokongan semua pihak bagi menjayakan aspirasi dan cita-cita perguruan ini untuk melahirkan insan yang berketerampilan,berkemahiran dan beramal dengan ilmu pengetahuan melalui wadah seni beladiri.
sekian wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

BUAT RENUNGAN ANAK PERGURUAN SIDRAH, MUSLIMIN DAN MUSLIMAH

SELAMAT HARI RAYA IEDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN

Bingkisan Paduka Jurus