SELAMAT TAHUN BARU 2010

Berlalu 2009 dan hadir 2010 mengambil tempat meneruskan ruang kehidupan dengan berbagai agenda yang terkadang tidak terjangkau akal fikiran akan rasional perlaksanaannya, bangga isi alam dengan kehadiran tahun baru walau usia semakin bertambah dan kemusnahan semakin hampir.

Pemergian 2009 dan kehadiran 2010 di raikan dengan meriah tepat jam 12.00 malam, gegak gempita pusat bandaraya dan pekan-pekan kecil sekitar bandar dan kota dengan dentuman mercun dan laungan "Happy new year" dari makhluk yang mampu bertutur menggunakan lubang mulut yang di anugerahkan Allah kepadanya, segenap agama dan lapisan bangsa, kecil besar tua dan muda, yang upaya dan kurang upaya rata-rata tidak mahu ketinggalan menyaksikan temasya sambutan tahun baru yang di adakan oleh pihak-pihak berkepentingan bagi menterjemah kebodohan dan kerakusan nafsu serakah mereka melahap habuan dunia melalui agenda hiburan yang bertopeng kebajikan dan sosial tanpa memikirkan impak di sebalik temasya-temasya sambutan tahun baru yang di adakan.

Lebih menghairankan apabila pemimpin atasan dan pihak yang berkewajipan tutup mata dan tutup mulut dengan pesta dan temasya yang di adakan atas kalimah sambutan tahun baru masihi itu, atas kalimah apa peraturan siapa dan wahyu mana yang menghalalkan jongos-jongos dan gedik barai berhimpun dan berkumpul di laluan-laluan awam dan tempat awam tanpa perlu permit dari pihak yang kononnya maha berkuasa ? pasti minda tahap hospital bahagia pun tahu menjelaskan masalah ini.

Maka tunggang-langganglah spesis mentah dan berhingus yang berbin dan berbintikan MELAYU dan ISLAM di tengah-tengah pesta dan temasya tersebut, letusan dan letupan bunga api yang di bakar menggamatkan suasana malam tahun baru itu menjadi lebih gah dan meriah dengan jerit pekik spesis anak mentah yang berbin dan berbintikan MELAYU ISLAM itu membelah suasana malam di ikuti akhirnya dengan upacara membelah dara bagi anak-anak yang merenyam dan membelah mulut dengan arak bagi anak-anak yang baru tumbuh bulu dan belajar mengeraskan batang, semuanya akibat di rasuk puaka tahun baru.

Sepanjang temasya tahun baru bapa-bapa terbungkam mulut dan ibu-ibu terlopong muncung menyaksikan lakonan aksi mual dan jijik anak bangsa yang rata-rata benih MELAYU ISLAM yang di lahirkan di tanah pusaka bertukar menjadi puaka yang pada sukatan akal kita bila-bila masa saja akan menghamuk dan meruntuhkan kemegahan modenisasau (modenisasi) yang di bina para inpelikmual (intelektual) dalam tempuh yang bukan sekejap.

Nah.. ! benih ganerasi yang payah di teran keluar dari perut itu setelah di besarkan hingga mampu menapak dan berjalan, mampu juga menggunakan dua mata dan telinga serta manpu menjana minda tandus itu akhirnya di sajikan menu racun budaya dan najis sosial oleh pihak yang pentingkan habuan material, pembangunan, kemodenan dan berbagai kalimah yang tersirat maksud di sebalik realiti tindakannya.

Manakan tidak terjadi kerosakan dan keruntuhan ganerasi bangsa yang kononya berfungsi sebagai tuan tanah kedaung di semenanjung tanah melayu ini jika punca dan jalan kehancuran sengaja di cipta dan di reka malah di beri laluan untuk merasuk anak watan yang goyah akidah dan dangkal agama saban hari ?

Comments

  1. salam perguruan mohon tuan jelaskan kepada siapakah artikal ini di tujukan....?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

BUAT RENUNGAN ANAK PERGURUAN SIDRAH, MUSLIMIN DAN MUSLIMAH

SELAMAT HARI RAYA IEDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN

Bingkisan Paduka Jurus