Akhirnya sempurna
Akhirnya sempurna… Selama lima hari peserta Seni Beladiri Jam'iah Al-Sidrah akhir bertungkus-lumus siang dan malam menjalani ujian kelayakan juzuk akhirnya pada 12.00 tengah malam 23hb. Disember lalu wasit penilai menutup dewan ujian sesi 2009 bagi penilaian peserta juzuk 1, 2, 3, dan 4, terkecuali juzuk lima atau juzuk khatam yang mana tempoh ujian juzuk ini memakan masa yang panjang. Barisan wasit sidrah yang menjalankan amali wasit kali ke dua sesi ini diketuai oleh En. Muhammad Alias bin Ahmad Pauzi dan dibantu oleh En. Azizi bin Ali dan wasit penilai yang lain ialah En. Muhammad Azizi bin Abd. Rahim, En. Azran bin Ali, En. Gustiawan bin Rasi dan En. Muhammad Hafizzuddin bin Fairuz. Barisan wasit pemantau pula ialah En. Khairul Anwar bin Yaccob, En. Muhammad Azmir bin Mat Shaharin dan En. Farid bin No’man, kesemua barisan wasit adalah terdiri daripada peserta generasi pertama dan ke dua yang telah berjaya mengkhatamkan lima juzuk pelajaran Seni Beladiri Jam’iah Al-sidrah. Berbu...