Salam Ukhwah, Salam Perguruan dan Salam Perjuangan.Semoga sahabat, rakan, teman dan kawan-kawan sealiran berada di dalam naungan Allah dan keberkatanNya InsyaAllah.

Sebelum lanjut bicara, di ruangan ini kami di pentadbiran Seni Beladiri Jam'iah Al-Sidrah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua Jemaah Penguasa Gelanggang dan Adat Istiadat, anak perguruan dan peserta serta mantan ahli atas kerjasama dan komitmen serta semangat ukhwah dan mahabbah yang diberikan untuk menjayakan Majlis Mahabbah Aidil Fitri Jiran Muda KRTD dan Sidrah JM KRTD pada 18hb. Oktober yang lalu.

Ucapan terima kasih juga buat semua ibu bapa serta sahabat dan rakan seperjuangan atas sokongan material dan kewangan sebagai mujahadah bersama merealisasikan agenda remaja sidrah yang dirancang.

Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada pentadbiran KAFA Integrasi Ar-Rahmaniah Taman Dagang Fasa 2A/3 atas laluan yang diberikan untuk kami mengadakan majlis di dewan yang selesa tanpa caj bayaran yang sebenarnya kami tidak mampu mengadakannya.

Ucapan terima kasih dan tahniah kepada pentadbiran KRTD yang diketuai En. Abdullah bin Abd. Raffar atas sokongan dan komitmen untuk meluangkan masa hadir ke majlis kami.

Ucapan terima kasih atas kunjungan sahabat Ghuraba' dari pondok Pak Teh Pengkalan Hulu Kroh Perak Darul Ridzuan, Jazakumullahu Jaza'.

Ucapan tahniah dan syabas kepada semua komuniti penggerak Ghuraba' Tunas Generasi atas pelancaran umum yang telah pun dilaksanakan.

Ucapan terima kasih kepada semua dermawan dan penyokong pergerakan persatuan, yang zahir atau mustatir hanya Allah Yang mampu membalas budi baik dan Jariah tuan-tuan.

Semoga ganjaran hasanah buat kalian semua InsyaAllahu Taa'la.

Paparan ringkas kali ini ialah pengertian bagi insan-insan yang sering berhubung dengan kita dalam kehidupan lantaran mutakhir kini istilah "rambut sama hitam , hati lain-lain" perlu diguna pakai oleh pejuang agama, bangsa dan negara untuk menangkis serangan dari belakang musuh di dalam selimut yang sukar kita kenali.

12 SIFAT SAHABAT

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Walaupun begitu, kita sebagai sahabat kepada sahabat kita yang lain, haruslah memulakan untuk memiliki sifat-sifat tersebut.

Semoga kita tergolong di dalam hamba-NYA yang bertaqwa. Wallahua'lam.

{petikan "Bimbingan Mu'minin" Imam Ghazali}

Ikhwanul Muslimin semoga kehidupan kita seharian tidak dikelilingi oleh insan-insan yang berkepentingan dan pentingkan diri sendiri
-Pendita Ghuraba'-

Comments

Popular posts from this blog

BUAT RENUNGAN ANAK PERGURUAN SIDRAH, MUSLIMIN DAN MUSLIMAH

SELAMAT HARI RAYA IEDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN

Bingkisan Paduka Jurus