IKM KL (Kampung Pandan) Destinasi Sidrah

"Kecil tapak Tangan Nyiru Kami Tadahkan", demikian ungkapan peribahasa etnik Melayu yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas, difahami dan digunapakai hingga kini.24hb. Julai 2009 sekali lagi merakamkan sejarah manis buat Perguruan Seni Beladiri Jam'iah Al-Sidrah apabila ditawarkan buat kali yang kedua mengembangkan sayap perguruan di Institut Kemahihan Mara (Kampung Pandan) Kuala Lumpur (IKMKL).
Ucapan terima kasih dirakamkan buat pentadbiran IKMKL yang menaruh kepercayaan dan memberi ruang kepada perguruan Sidrah yang masih mentah ini untuk mengatur langkah dan berkerjasama dengan IKMKL walaupun sekadar di ruang ko-kurikulum bagi merealisasi kecemerlangan kecapaian pelatih yang bernaung di sana.
Bagi kami di perguruan sidrah, kepercayaan yang di berikan setidak-tidaknya menangkis prajudis masyakat terhadap kemampuan pentadbiran gelanggang dan anak perguruan untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan perguruan-perguruan ayahanda mahaguru senior yang lebih gah dan tersohor dibumi melayu dan dunia global.Ruang khidmat yang diberikan InsyaAllah akan dimanfaatkan sebaiknya bagi membantu dan berkerjasama dengan pihak MARA khasnya pentadbiran IKMKL menjayakan agenda pembinaan dan pembentukan umat Islam berlebel melayu yang berkualiti dan berkemahiran seterusnya melengkapkan anak pelatih yang bernaung di IKMKL ini dengan jati diri serta sedia memenuhi tututan Fardhu Kifayah yang kadang-kadang di pandang sepi dan sinis oleh masyarakat moden.Kehadiran Sidrah mencelah di ruang seni beladiri atau silat melayu bukanlah bermatlamat untuk bersaing dengan perguruan senior yang ada, jauh sekali mendabik dada dengan ilmu cetek yang di miliki, andai tidak di diskriminasikan cukuplah kehadiran sidrah ini menambah meriahkan lagi wadah seni beladiri melayu di samping membantu mempelbagaikan altanatif pembentukan sahsiah dan pengukuhan akidah ganerasi pewaris bangsa agar mereka lebih banyak pilihan dan bebas memilih bidang perguruan beladiri yang menjadi pilihan hati serta mampu mengharungi globalisasi dan kemodenan dengan akidah dan jatidiri yang mantap serta kebal dari suntikan di pengaruhi musuh agama dan bangsa yang merawak di sekitar mereka kini.
Iltizam kami adalah untuk membantu, mempromosi dan memasyarakatkan wadah seni silat ke mata umum dengan lebih professional dan di terima oleh segenap lapisan masyarakat melayu khasnya di Negara ini.

Semoga dengan sokongan dan perhatian dari semua pihak yang berjiwa pejuang dan pendokong gelanggang seni silat melayu kami dapat memperbaiki kelemahan dan menjalin kerjasama memartabatkan wadah seni pusaka bangsa ini dengan lebih gemilang, cemerlang dan terbilang kedunia global insyaAllah.

PDK JRS

Comments

Popular posts from this blog

BUAT RENUNGAN ANAK PERGURUAN SIDRAH, MUSLIMIN DAN MUSLIMAH

SELAMAT HARI RAYA IEDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN

Bingkisan Paduka Jurus