IKM KL (Kampung Pandan) Destinasi Sidrah
"Kecil tapak Tangan Nyiru Kami Tadahkan", demikian ungkapan peribahasa etnik Melayu yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas, difahami dan digunapakai hingga kini.24hb. Julai 2009 sekali lagi merakamkan sejarah manis buat Perguruan Seni Beladiri Jam'iah Al-Sidrah apabila ditawarkan buat kali yang kedua mengembangkan sayap perguruan di Institut Kemahihan Mara (Kampung Pandan) Kuala Lumpur (IKMKL). Ucapan terima kasih dirakamkan buat pentadbiran IKMKL yang menaruh kepercayaan dan memberi ruang kepada perguruan Sidrah yang masih mentah ini untuk mengatur langkah dan berkerjasama dengan IKMKL walaupun sekadar di ruang ko-kurikulum bagi merealisasi kecemerlangan kecapaian pelatih yang bernaung di sana. Bagi kami di perguruan sidrah, kepercayaan yang di berikan setidak-tidaknya menangkis prajudis masyakat terhadap kemampuan pentadbiran gelanggang dan anak perguruan untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan perguruan-perguruan ayahanda mahaguru senior yang ...