SELAMAT DATANG RAMADHAN AL MUBARAK
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa, semoga amalan kita dapat di laksanakan dengan sempurna dan mendapat ganjaran pahala dari Allah Ta'ala. Sebagai rujukan anak perguruan dan peserta Seni Beladiri Jam'iah Al-Sidrah hamba paparkan di ruangan ini Fadhilat Puasa Ramadhan dan Solat Sunat Tarawikh dari hari pertama kita berpuasa hingga ke akhir Ramadhan seperti berikut : FADHILAT RAMADHAN Fadhilat Ramadhan Ibadah Puasa Solat Tarawih Hadith 1 Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa". Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba...